AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

TAKTIK LAMA RAIH SOKONGAN - GUNAKAN ISU KEDAULATAN NEGARA


MELAKA 17 SEPT : Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Sofi Wahab berkata sudah menjadi tradisi BN dari dahulu menggunakan taktik dan sentimen perkauman, agama dan kedaulatan negara untuk meraih sokongan rakyat. Selain dari janji-janji pembangunan taktik itulah yang sering mereka gunakan untuk 'menipu' rakyat.

'Kali ini mereka sengaja mencipta dan memperbesar-besarkan kembali isu tuntutan Filiphina ke atas Sabah dengan mengaitkan kononnya kerajaan negeri pimpinan Shafei Apdal seolah-olah menyokong tuntutan tersebut."

"Padahal isu tidak pernah berbangkit dan Shafei sendiri berkali-kali menyatakan Sabah mesti terus berada di dalam Malaysia dan tidak pernah ada niat untuk keluar dari Malaysia." kata beliau.

Sofi seterusnya berkata BN dan PN sedar bahawa mereka berada di dalam keadaan defensif di mana berlaku pertembungan sesama sendiri di 17 kerusi serta perebutan jawatan Ketua Menteri yang sukar untuk mereka selesaikan. Jadi isu ampuh untuk mengalihkan tumpuan rakyat ialah dengan mewar-warkan isu kedaulatan negara kononnya merekalah pejuang dan penyelamat rakyat.

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yasin berkata Sabah, Sarawak akan terus kekal dalam Malaysia, kerajaan tidak akan tunduk desakan pihak cuba pertikai kedaulatan negara semasa berucap pada sambutan Hari Malaysia di Sibu Sarawak.

Comments