TAK HADIR KONVENSYEN PN :UMNO/BN TAK HORMATI MUHYIDDIN

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketidakhadirannya dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ke Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) semalam telah dimaklumkan lebih awal kepada pihak penganjur. “Penganjur sudah dimaklumkan awal ketidakhadiran saya dan presiden (Ahmad Zahid) kerana kami berada di Sabah untuk siri-siri pertemuan dan penyelarasan dengan jentera BN di seluruh Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya, perkara itu sebenarnya sudah dimaklumkan kepada pihak penganjur sejak Khamis minggu lepas lagi. Jelas sekali pimpinan Umno tidak merasakan program itu penting. Malah Umno sendiri lebih dipentingkan. Mereka langsung tidak menghormati Perdana Menteri yang juga Ketua Kerajaan Perikatan Nasional. Terbukti perpaduan dalam PN hanya Indah Khabar dari Rupa. Umno lebih pentingkan survival parti mereka dari PN. Gambar sekadar hiasan

Comments