AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SPRM tahan 2 agen Umno edar wang?

Dua petugas keselamatan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lahad Datu kerana dipercayai menerima dan kemudiannya mengedarkan sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi.

Kedua-duanya kemudian mengaku bahawa mereka menerima wang itu dari pemimpin Umno dan telah mengedarkan sebahagian wang itu kepada anggota dan keluarga mereka sebelum menbuang undi awal hari ini.

Bernama pula melaporkan, ia dibuat bagi pihak seorang calon parti politik.

Menurut sumber, lapor Bernama, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal hari ini susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut, lapor agensi berita kerajaan itu lagi.

Comments