SOKONG MCA DAN PBS DI SABAH DAPAT PAHALA?


MCA dan PBS dua parti yang secara terang-terang menolak hudud sudah boleh disokong oleh PAS. Itulah sikap PAS yang sekarang lebih pragmatik dari Umno. Siapa sahaja yang mereka ingin berkawan dengan mereka kecuali DAP, AMANAH dan PKR semuanya dapat pahala jika disokong walaupun parti tersebut terang-terang menolak hudud dan RUU355 yang jadi zikir PAS suatu masa dahulu.

Malah kini Hudud dan RUU355 sudah dilupakan. Pandangan mereka tentang hudud dan RUU355 semakin longgar dan mencari pelbagai alasan dan dalih untuk menafikan pelaksanaan Hudud dan RUU355 yang dulunya dikatakan siapa menolak kedua-duanya boleh ditanam di jirat. Semua kita tahu itu semua adalah helah PAS kerana sudah seronok jadi kerajaan dan mabuk kuasa.

Berbahagialah PAS dengan perompak, penyamun dan penolak hudud.

Comments