AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SHAFEI BELUM MENGAKU KALAH


Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal kelihatan belum lagi bersedia akur kalah, dengan menyatakan bahawa partinya memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya Sabah.

Ketika berucap kepada para penyokong di kediaman rasmi ketua menteri di Kota Kinabalu pada pukul 1 pagi, Shafie menggesa para wakil rakyat yang baru dipilih melaksanakan tugas masing-masing.

"Kita dapat melihat bahawa dalam keputusan (PRN) ini satu parti tunggal yang paling besar dapat peroleh kerusi ialah Warisan iaitu 29 kerusi kita menangi.

"Jangan lupa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan rakyat ini... kita akan teruskan dan kita tahu bahawa keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga dengan keadaan yang kita lihat di bumi Sabah.

"Tetapi satu parti yang paling besar (paling banyak kerusi) adalah Warisan," tegasnya.

Kemungkinan untuk Shafei mendapatkan sokongan dari PBS, STAR dan Bebas tetap ada kerana WARISAN Plus hanya memerlukan 5 kerusi sahaja untuk mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan negeri. STAR dan PBS masing-masing memenangi kerusi cukup untuk membentuk kerajaan negeri bersama WARISAN. STAR mempunyai 6 kerusi dan PBS 7 kerusi. Jika ditambah dengan BEBAS sudah ianya lebih dari mencukupi.

Ketika ditanya apakah Warisan dan sekutunya masih akan berusaha untuk membentuk kerajaan negeri, Shafie tidak memberi jawapan jelas.

"Kami masih mengkaji keadaan dan prosesnya ... Namun, (hakikatnya) satu-satunya parti terbesar adalah Warisan," tambahnya.

Secara teknikal, Warisan memenangi 23 kerusi sementara DAP, yang menggunakan logo Warisan, menang enam kerusi.

Secara keseluruhan, pakatan Warisan Plus, yang juga merangkumi PKR dan Upko, memenangi 32 kerusi.

PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri menang di kerusi Inanam dan Api-Api sementara hanya berjaya mengekalkan satu kerusi sahaja iaitu DUN Kadamaian.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang menang, memenangi 38 kerusi.

Namun, tidak ada satu parti pun yang mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Warisan.

Umno hanya memenangi 14 kerusi sementara Bersatu mempunyai 11 kerusi.

Setakat laporan ini ditulis, GRS belum menamakan calon ketua menteri mereka.

Mkini

Comments