RM50,000 BOLEH BELI PERLANGGARAN UNDANG-UNDANG?


Media melaporkan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini tampil menyumbang sebanyak RM50,000 kepada PAS.

Sumbangan anggota parlimen Kuala Nerus itu diumumkan ketika Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Kota Bharu, pagi tadi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan PAS Husin Ismail selepas ucapan dasar Presiden PAS.

Persoalannya dengan wang RM50,000 ini mungkin ia dapat mengabui dan membeli hati ahli PAS, namun ianya tidak dapat mengelakkan risiko bahaya covid-19 kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia keseluruhannya tidak dapat memaafkan seorang pemimpin yang bertaraf menteri tetapi dengan sengaja melanggar undang-undang. Lebih teruk lagi tidak mahu mengaku di peringkat awalnya. 

Ingatkan pemimpin PAS yang kononnya alim dan hebat akan bertanggungjawab bila melakukan kesalahan. Tetapi rupanya lebih teruk dari Umno. Sekali lagi diulang Khairuddin sila letak jawatan. Kamu memang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.

Comments