AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PRN SABAH : PN GAGAL PUSINGAN PERTAMA


Berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).

Ini membuktikan bahawa parti-parti dalam PN telah gagal mencapai kata sepakat walaupun berulang kali melaungkan bahawa mereka jauh lebih baik dari PH ataupun PH Plus maupun Warisan Plus dalam konteks negeri Sabah. Kedudukan menggambarkan kepada kita bahawa gabungan bila-bila masa sahaja boleh pecah. Rakyat sudah tentu tidak yakin dengan gabungan rapuh seperti ini. Mereka telah gagal pusingan pertama.

Secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.

Lebih teruk lagi PAS yang kononnya pendokong setia kepada PN dan MN langsung tidak diberikan satu kerusi pun. Sesuatu yang amat memalukan sebuah parti yang perasan hebat dan kononnya menjadi tonggak kepada kedua-dua gabungan rapuh tersebut.

PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan telah ditetapkan pada Sabtu manakala hari mengundi pada 26 Sept

PN, BN dan PBS, akan menggunakan simbol masing-masing pada PRN ini.

Sementara itu Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan UPKO (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi. PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.

Warisan, UPKO dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini

Comments