AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PRN SABAH ; JANGAN PILIH PN DAN BN GABUNGAN HARU BIRU - SOFI


MELAKA 12 SEPT : Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka, Sofi Wahab mengharapkan rakyat negeri Sabah tidak memilih pakatan hiru-biru iaitu Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. 

"Rakyat Sabah sudah pasti cerdik dan tidak akan memilih calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional iaitu gabungan ha


ru-biru yang gagal mencapai kata sepakat hingga calon-calon mereka bertembung sesama sendiri".

"Macamana mereka kata berpakat dan berpadu tetapi berlawan sesama sendiri, ini namanya gabungan haru-biru dan caca marba" kata Sofi dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Sofi berkata, bagaimana rakyat yakin dengan gabungan seperti ini untuk memerintah sedangkan sesama sendiri pun tidak bermuafakat, sudah tentu jika mereka menang kerajaan yang ditubuhkan nanti caca marba dan haru biru.

"Belum apa-apa lagi sudah berebut kerusi, nanti jika menang akan berebut jawatan Ketua Menteri, Exco, GLC dan lain-lain, memang memalukan"

"Rakyat Sabah jangan tertipu dengan pakatan haru-biru ini kerana mereka hanya pentingkan kerusi, kuasa dan jawatan bukannya kepentingan rakyat" tambah Sofi yang juga merupakan ADUN Durian Tunggal.

Menurutnya, ini berbeza dengan Warisan Plus yang berjaya mencapai kata sepakat di mana kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan akan hanya ditandingi oleh seorang calon Warisan Plus yang akan menggunakan logo Warisan, Upko dan PKR, tiada pertembungan sesama sendiri.

"Kesepaduan dan pemuafakatan dalam Warisan Plus membuktikan bahawa parti-parti dalam gabungan itu serius untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak berebut-rebut untuk bertanding"

"Malah Warisan Plus juga telah jelas meletakkan Datuk Seri Shafei Apdal sebagai calon Ketua Menteri jika Warisan Plus menang nanti. Berbeza dengan PN dan BN yang takut-takut untuk menamakan calon Ketua Menteri, cuma Bung Mokhtar Radin sahaja yang pandai-pandai mengaku dia calon Ketua Menteri" tambah Sofi.

Sofi berkata hakikat sebenarnya BN dan PN tiada calon Ketua Menteri yang betul-betul layak dan berkarisma serta bersih sebab mereka tidak berani menamakan calon Ketua Menteri.

"Bung berangan dan perasan nak jadi Ketua Menteri, Hajiji Noor pun termimpi-mimpin nak juga" jelas Sofi secara sinis.


Comments