PRN Sabah : BN dan PN tiada bezanya, malah mungkin lebih teruk.


Seminggu dua ini menteri dan timbalan menteri kerajaan 'tebuk atap' PN berulang-alik ke Sabah untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan. Berapa banyak wang rakyat hangus begitu sahaja digunakan untuk berkempen di Sabah.

Setiap hari akan ada menteri atau timbalan menteri masuk kampung bertemu orang kampung dan membuat janji-janji manis untuk orang kampung. Sedangkan selama 60 tahun BN memerintah Sabah antara negeri paling miskin dan paling kurang kemudahan asasnya.

Hari ini giliran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata menabur janji dan membuat kenyataan kosong

Beliau 'melebong' kononnya Felda Sahabat yang seluas Melaka atau 1.5 kali ganda lebih besar daripada Singapura itu, mempunyai potensi dijadikan hab menternak lembu, bagi menampung permintaan tinggi daging tersebut. Mengapa tiba-tiba sahaja beliau melawat Felda Sahabat sedangkan sebelum ini jarang sekali menteri yang pergi ke sana. Felda Sahabat hanya terkenal ketika peristiwa berdarah pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu beberapa tahun lalu.

Kalau betul mereka ingin menolong orang kampung laksanakanlah program-program yang bermanfaat ini dari dahulu bukannya menunggu PRN baru terhegeh-hegeh masuk kampung.

Inilah sandiwara pemimpin PN yang berDNA BN, tidak habis-habis cuba memperdayakan rakyat dengan gula-gula yang kadang-kadang hanya bagaikan mimpi di siang hari.

Namun kita yakin rakyat Sabah telah matang dan mampu 'membuang' pemimpin PN sepertimana mereka 'membuang' Musa Aman dan kuncu-kuncu BN lain pada PRU14 lalu.

Comments