PIMPINAN PAS LEMAH DAN PENTINGKAN DIRI


Ketua Penyelidik Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim berkata pasukan perunding agihan kerusi daripada PAS tidak kompeten seperti ditunjukkan dalam PRN Sabah.

Yusri berkata, sekali lagi mereka akan jadi mangsa dalam agihan kerusi PRU15 nanti.

Menurutnya setiap parti akan jadi lebih licik dan berstrategi untuk memastikan memperolehi kerusi maksimum untuk ditandingi pada PRU15 nanti.

Saya bersetuju dengan pandangan Yusri kerana melihat kepada sikap pemimpin PAS dalam isu agihan kerusi di Sabah ini ternyata mereka hanya mengiyakan segala keputusan Umno dan Bersatu dan tidak berani menyanggah ini. Sikap ini sudah tentu akan diambil kesempatan oleh pimpinan Umno dan Bersatu yang kita semua tahu tamakkan kuasa dan kerusi.

Ini berbeza dengan parti-parti lain seperti PBS, STAR, MCA dan PBRS yang nekad bertanding bagi mempertahankan kedudukan mereka pada masa hadapan. Parti-parti ini tahu bahawa mereka akan diperkotak-katikkan pada masa depan jika hanya tunduk dan patuh kepada 'abang besar' dalam PN dan BN itu.

PBS sebagai contoh menjadi parti paling tegas apabila dari 17 kerusi yang bertembung itu mereka meletakkan calon di 16 kerusi tersebut.

PAS sudah tentu selepas ini akan jadi 'ayam' Umno dan Bersatu pada perundingan kerusi untuk PRU15 nanti. Ramai berpendapat bahawa sebenarnya pimpinan PAS hanya mementingkan kedudukan mereka dalam kerajaan. Mereka dapat jadi menteri dan Duta Khas sudah cukup, kepentingan masa hadapan parti dan hati ahli-ahli tidak perlu dijaga yang penting keuntungan jangka pendek.

Masudi Bryani

Pandangan dan tulisan di atas adalah pandangan rasmi penulis bukan pandangan rasmi DETIK HARIAN

Comments