PAS PECAT PEMIMPIN TAK BERAKHLAK, LANGGAR UNDANG2 TAK APA?

PAS mementingkan nilai moral yang tinggi dalam kalangan ahli dan pemimpin parti itu dan jika ada yang melanggarnya serta melakukan tindakan yang bercanggah dengan Islam maka mereka boleh dipecat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Yang penting moral dulu, kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral maka akan kita pecat dia. "Dalam PAS, (kesalahan) yang pertama adalah dari segi maksiat dulu, yang kedua kalau ada salah laku itu, kita serah kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini. Beliau diminta mengulas isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas. Malangnya pemimpin yang melanggar undang-undang seperti Khairuddin Takiri tidak pula diambil tindakan. Inilah sikap double standard PAS yang jelas pentingkan jawatan dan kedudukan sehingga kelakuan pemimpin yang boleh membahayakan rakyat pun dibiarkan malah dipertahankan. Rakyat sepatutnya menilai jenis parti dan pemimpin jenis ini. Jangan sokong mereka-mereka yang sebegini.

Comments