MUHYIDDIN MUKA TAK MALU - LOKMAN NOOR ADAM


Penyokong Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘muka tak malu’ apabila mengaku kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya kecil Slim sebagai bukti restu rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Betul-betul muka tak tahu malu. Datuk Seri Najib dan Jentera BN-Pas kehulu-kehilir kempen nak menangkan calon BN DUN Slim, dia boleh pulak claim cakap menang DUN Slim kerana rakyat yakin dengan Perikatan Nasional,” tulis Lokman Noor Adam, orang kanan Najib melalui facebook beliau.

Bernama melaporkan, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim membuktikan keyakinan rakyat pada parti itu serta dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya berkata kemenangan itu juga jelas membuktikan parti Bersatu, Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.

“Saya berharap YB (Yang Berhormat) Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi dan jentera yang terbabit dalam membantu kemenangan calon itu

Menurut Lokman, Muhyiddin sekalipun tidak turun ke Slim untuk membantu kempen BN sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

“Padahal dia sekalipun tak turun. Lepas tu claim dia menentang kebatilan pulak, nak tergelak bila dengar hipokrit ni bukak mulut,” tulis bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

“Balon bini orang tak batil, bersetubuh jantan dengan jantan tak batil, bagi anak dan menantu projek guna duit rakyat tak batil, bagi projek kat kroni tak batil,” kata Lokman lagi marah kepada kenyataan Muhyiddin itu.

Bagi beliau, tindakan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Najib adalah bertujuan untuk mempastikan Muhyiddin kekal menjadi perdana menteri selepas PRU 15.

“Hello Nika Gee, orang lain hang boleh sembang kencanglah. Cakap je kau akan sumbat DSN masuk penjara supaya kau boleh kekal sebagai PM lepas PRU15.

“Tak payah sembang pasal integriti, hang kalau ada integriti takpe juga,” tulis beliau lagi.

..Malaysiadateline

Comments