ISU AIR S'GOR SELESAI SEMINGGU, ISU AIR K'TAN SELESAI 30 TAHUN?


Ramai memandang sinis tentang kritikan pedas pemimpin dan penyokong PAS yang menghentam Selangor kerana isu air yang berlaku lantaran pencemaran Loji Rawatan Air akibat pencemaran dari sisa industri. Ini kerana isu tersebut bakal selesai dalam masa seminggu tetapi isu air di Kelantan tidak pernah selesai. Lebih mengejutkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri mengakui bahawa isu tersebut hanya boleh selesai dalam masa 30 tahun.

Mudah sungguh Timbalan Presiden PAS itu menjawab persoalan yang dilemparkan oleh rakyat Kelantan yang telah menderita akibat isu air ini sejak berdekad-dekad lalu lamanya. Jawapan tersebut adalah jawapan yang langsung tidak boleh diterima hanya sekadar mencari jawapan. Mana mungkin sebuah kerajaan boleh berjanji untuk menyelesaikan sesuatu isu yang sangat besar ini dengan jaminan masa 30 tahun. Ini namanya bodoh tak diboleh diajar dan cerdik tak boleh diikut.

Jika dalam masa 5 -10 tahun mungkin boleh diterima, tetapi sampai 30 tahun itu memang tak masuk akal. Maknanya untuk selesai isu air di Kelantan ini perlukan 93 tahun iaitu dari sejak mula merdeka. Hampir 100 tahun baru boleh selesai. Sedang sungguh 'kelentong' rakyat. Sewajarnya rakyat Kelantan berfikir dengan sewaras-warasnya tentang tanggungjawab kerajaan dan pimpinan kerajaan Perikatan Nasional di pusat dan PAS di Kelantan.

Sudah sampai masanya kerajaan Kelantan dan Perikatan Nasional ini diajar secukup-cukupnya pada PRU15 akan datang. Jangan beri muka lagi.

Comments