MASA HADAPAN BERSATU GELAP PASCA PRU15???

Ramai pemerhati politik melihat bahawa Umno sebenarnya sedang merangka strategi untuk menghapuskan Bersatu dari arena politik tanahair. Umno mahu Bersatu melutut kepada mereka seumpama Semangat 46 yang berkubur dan hampir semua pemimpinnya menyertai Umno semula. Strategi Umno mudah sahaja iaitu memastikan Bersatu tidak dapat bertanding banyak kerusi pada PRU15. Jika bertanding pun Umno mahu Bersatu tewas dan menang dengan kerusi yang kecil berbanding Umno yang berhajat mahu kembali menjadi abang besar. Belum tentu Muhyiddin Yassin dapat kembali menjadi Perdana Menteri jika kerusi yang dimenangi oleh Bersatu terlalu kecil berbanding Umno. SUdah tentu Umno akan menggunakan hujah bilangan kerusi banyak sebagai syarat untuk pemimpin Umno kembali menjadi Perdana Menteri. Mahu tidak mahu Muhyiddin dan Bersatu terpaksa tunduk kepada Umno. Sebab itu Umno mengenakan pelbagai syarat ketat dalam pembahagian kerusi dalam PN dan MN. Antara syaratnya ialah : - BN mesti meletakkan calon untuk semua 51 kerusi yang dimenanginya pada 2018; - BN tidak akan meletakkan calon untuk 13 kerusi yang dimenangi Bersatu pada 2018; dan - BN akan meletakkan calon untuk sebarang kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan Amanah pada 2018 dan jumlah undi menunjukkan BN menduduki tempat kedua. Jika Bersatu tunduk kepada syarat ini maka bertambah sedikitlah kerusi yang mereka akan tandingi ataupun mereka hanya dapat bertanding di kerusi campuran di mana peluang untuk menang agak sukar berbanding kerusi 'pure' Melayu. Ketetapan awal oleh Umno dalam isu perundingan kerusi menimbulkan dua masalah besar bagi Bersatu. Pertama, daripada 31 ahli parlimen Bersatu sekarang, 15 merupakan bekas anggota Umno yang memenangi kerusi berkenaan menggunakan tiket BN sebelum melompat pada 2018 dan 2019. Kedua, daripada 31 ahpi Parlimen Bersatu itu juga, 10 asalnya memenangi kerusi masing-masing menggunakan tiket PKR dan berada di tempat kedua dari segi jumlah undi ialah BN. Umno mahu BN meletakkan calon mereka untuk 25 kerusi yang kini dipegang oleh Bersatu. Masa hadapan Bersatu bertambah gelap ...............

Comments