AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KJ MALUKAN PARTI SENDIRI, TAK IKTIRAF KEPIMPINAN UMNO??


Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ternyata tidak mengiktiraf kepimpinan Umno yang ada hari ini apabila menyatakan  tiada seorang pun pemimpin Umno yang mampu menyaingi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini berdasarkan kewibawaan yang dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (pilihan raya umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Malah katanya dalam PAS pun tiada yang layak menandingi Muhyiddin.

Jelas sekali Khairy memperkecilkan kehebatan pemimpinnya sendiri. Tidak hebatkan Najib Razak, Zahid Hamidi, Mohamad Hassan, Ismail Sabri, HIshamuddin Hussein dan lain-lain lagi sehingga MUhyiddin juga yang diagungkannya. Atau mungkin Khairy malu untuk menyatakan hanya dirinya sahaja yang mampu menyaingi Muhyiddin.

Kenyataan Khairy ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Umno dan PAS kerana jelas sekali kedua-dua parti Melayu itu ketandusan pemimpin yang berkaliber. Sudah tentu kenyataan ini menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli Umno. 

Comments