AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Identiti Mayat Dalam Kereta Terbakar Di Melaka, Dikenal Pasti


ALOR GAJAH, 23 Sept  -- Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata identiti mangsa, Shia Chun Chai yang beralamat di Gelang Patah, Johor dan merupakan pekerja pendawaian itu telah disahkan oleh seorang ahli keluarganya dalam sesi pengecaman sebelum ini.

Beliau berkata susulan itu, berdasarkan maklumat diterima, isteri mangsa yang berumur 26 tahun ditahan bersama tiga lagi individu lelaki berusia antara 31 dan 38 tahun di sekitar Johor pada Ahad lepas bagi membantu siasatan lanjut termasuk motif mangsa dibunuh.

Comments