AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ANWAR UMUM PUNYA MAJORITI KUKUH, AKAN MENGADAP AGONG SEGERA

KUALA LUMPUR 23 SEP : Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti kukuh bukan majoriti kecil. Beliau sepatutnya mengadap Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat namun Baginda sekarang sedang dirawat di IJN.

Anwar menyatakan bahawa ianya adalah gabungan baru terdiri dari ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti dan menunggu Baginda sihat untuk mempersembahkan senarai ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau.

Gabungan baru ini tetap kekal menjunjung prinsip menentang rasuah dan lain-lain prinsip yang baik.


“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.

Anwar juga memberi jaminan bahawa dia ada dokumen tetap yang tidak boleh diragui bagi membuktikan bahawa diakini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Diasak wartwan untuk maklumat lanjut, Anwar berkata, butiran akan hanya diberikan selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong yang sekarang berada di Institut Jantung Negara.

Comments