AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

AMANAH KOTA RAJA NAFIKAN 545 AHLI KELUAR PARTI


SHAH ALAM  4 SEPT: AMANAH Kawasan Kota Raja menafikan seramai 545 ahli mereka keluar parti. Ketua AMANAH Kawasan tersebut, Abdul Mutalib Adam pada sidang medianya sebentar tadi menyatakan bahawa pihaknya mengakui bahawa Naib Ketua 3 AMANAH Kawasan, Jaafar Shamsudin bersama beberapa orang lagi ahli keluar parti dan menyertai Bersatu.

"Memang benar beliau keluar tetapi tidaklah sampai 545 orang seperti yang diwar-warkan. Kami tidak pasti dari mana Jaafar dapat bawa ahli seramai itu"

"Saya harap parti Bersatu dapat memeriksa borang-borang tersebut kerana mungkin ianya hanya borang yang bukan ditandatangan oleh ahli kami yang sebenar" ujar beliau.

Mutalib juga mempersoalkan bagaimana Bersatu boleh menerima orang India menjadi ahlinya sedangkan Bersatu adalah parti Melayu.

Selain itu Mutalib juga dengan tegas menyatakan bahawa AMANAH Kota Raja langsung tidak terjejas dengan tindakan Jaafar Shamsudin keluar parti kerana menurutnya semua orang kenal siapa Jaafar sebelum ini.

"Beliau kami lantik menjadi Naib 3 dan kita yakin mereka yang ada yang akan menggantikan beliau boleh melaksanakan amanah dengan lebih baik" tambah beliau.

Sidang media tersebut diadakan di Pejabat AMANAH Kawasan Kota Raja di Shah Alam malam ini. Ianya dihadiri oleh semua AJK Kawasan dan pimpinan sayap-sayap parti tersebut.

Media hari ini melaporkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurut Jaafar, antara faktor membuatkan mereka tertarik menyertai Bersatu adalah sifat kesederhanaan dan kepimpinan ditonjolkan Muhyiddin selain keupayaannya menjaga kebajikan rakyat tatkala penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Comments