UMNO JANGAN CAKAP BESAR.BELUM TENTU PRU15 UMNO MENANG

Sejak akhir-akhir ini pihak Muafakat Nasional khususnya Umno begitu beriya-iya mendesak supaya diadakan segera PRU15. Desakan ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Umno begitu tamakkan kuasa mutlak kerana sekarang ini Umno hanya menjadi sebahagian dari kerajaan yang dipimpin oleh Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin. Malah pemimpin Umno di dalam kabinet hanya berada di kedudukan ketiga dalam kabinet di belakang Muhyiddind dan Azmin Ali. Umno dahagakan kuasa mutlak bagi memastikan mereka berkuasa penuh dalam kerajaan dan mempunyai kuasa veto dalam menentukan apa juga perkara terutama yang berkaitan dengan kuasa dan keuntungan dunia. Oleh kerana itu saban hari mereka mendesak supaya Parlimen dibubarkan. 'Syeikh' mereka semakin naik selepas melihat kemenangan besar calon mereka di PRK Slim baru-baru ini. Mereka merasakan bahawa majoriti rakyat sudah menyokong mereka. Umno langsung tidak menghormati Muhyiddin Yassin dalam banyak hal. Malah Penasihat Umno Ku Li secara terang-terang mahu pemimpin Umno dalam kabinet keluar dari kerajaan bagi memberi tekanan kepada Muhyiddin. Pemimpin-pemimpin lain seperti Khaled Nordin, Fuad Zakarshi dan Nur Jazlan Mohammad tidak henti-henti mengkritik dan menghentam Muhyiddin. Umno sememangnya tidak sabar untuk kembali memegang tampuk kuasa menjadi abang besar melakukan apa sahaja yang mereka suka. Namun Muhyiddin dan Azmin sebenarnya masih takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang Bersatu akan tercicir dan kuasa yang mereka pegang sekarang terlepas. Tiada jaminan bahawa mereka akan dilantik semula jika Umno kembali berkuasa dan mempunyai jumlah kerusi yang paling banyak. Namun begitu Umno jangan perasan kuat dan jangan bercakap besar. Belum tentu Umno/BN/MN/PN menang mudah pada PRU15 akan datang. Rakyat boleh membuat keputusan menyokong mana-mana pihak dalam keadaan sekarang. Belum tentu mereka menyokong sesuatu parti atau calon itu secara mutlak.

Comments