AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SEMUA MENTERI UMNO WAJAR LETAK JAWATAN - KU LI

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua pemimpin Umno yang menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) menarik diri daripada kerajaan. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam "pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN). Menurutnya Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, (sebaliknya) hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara. "Apabila Bersatu mengumumkan perubahan dengan menerima ahli bukan Melayu dan Islam, maka wajar ahli-ahli Umno yang menganggotai kabinet berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang," kata ahli politik veteran itu dalam satu kenyataan semalam. Pada 22 Ogos lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti itu bagi membolehkan ahli bersekutu bukan Melayu memegang jawatan. Perkembangan itu selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengumumkan menyertai Bersatu secara rasmi, bersama-sama penyokongnya termasuk bekas pemimpin dan bekas ahli PKR dari kalangan bukan Melayu.

Comments