PRN SABAH : MUSIM MENJUAL MARUAH DIRI

Dua hari lepas diumumkan bahawa kira-kira 2,000 ahli Parti WARISAN menyertai BERSATU. Hari ini dilaporkan seramai 75 ketua cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Namun sahih atau tidak berita tersebut tidak dapat kita pastikan kerana hari ini Ketua Penerangan WARISAN Bahagian Semporna menafikan bahawa 5,000 ahli WARISAN Bahagian Semporna keluar parti dan menyertai BERSATU. Menurut beliau nama yang diumumkan pada majlis penyerahan borang kepada Presiden BERSATU itu sebenarnya tidak pernah menyertai WARISAN. Malah katanya, individu tersebut adalah Ketua Kampung Simunul di era pemerintahan BN sebelum PRU14. Beliau menyatakan Ketua Kampung tersebut sebenarnya sudah kehilangan pengaruh dan tiada apa-apa jawatan selepas WARISAN memerintah Sabah pasca PRU14. Hari ini dilaporkan bekas ketua cawangan WARISA Kampung Sungai Langgas 2, Hussein Ibnu Hassan, yang mengetuai kumpulan 75 Ketua Cawangan itu, menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam majlis ramah mesra bersama pemimpin Bersatu, di sini, hari ini. Bernama difahamkan lebih 2,000 ahli Warisan daripada 75 cawangan berkenaan turut menyertai Bersatu. Kita tunggu pula maklumbalas dari WARISAN sehari dua ini. Inilah adalah musim orang menjual maruah diri dan menjadi maruah sebagai bahan perniagaan untuk mendapat habuan. Seseorang boleh menipu dan mengaku ahli parti tertentu dan bila dibayar boleh mendakwa menyertai parti lain. Yang penting 'masyuk'.

Comments