NAMA CALON WARISAN BAKAL DIUMUM SEDIKIT MASA LAGI

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal mengumumkan senarai nama calon dalam masa terdekat ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan. “Sedikit masa lagi untuk kita selesaikan dan nama mereka juga dikemukakan. “Apabila sampai waktunya, kita akan umumkan dan sekarang borang calon pun belum pun diisi,” katanya. Justeru, Shafie mengingatkan agar ahli parti WARISAN supaya memberi sokongan penuh kepada calon WARISAN dan calon dari parti gabungan nanti. Jelas beliau, kerjasama WARISAN dan parti gabungan yang lain perlu direalisasikan dengan jumlah undi dan kuasa yang ada. “Kita akan pastikan apabila tiba masa pilihan raya nanti, saya ingatkan ahli-ahli WARISAN untuk lihat calon. “Kalau calon itu datang dari WARISAN, kita sokong dan calon yang bukan dari parti kita tapi parti gabungan, kita undi calon berkenaan. “Kerjasama kita hendaklah direalisasikan dengan jumlah undi dan kuasa yang ada pada kita,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap semua gerak kerja dan program disusun rapi sebagai persediaan menjelang PRN. “Tanpa ada usaha dan fokus, semua kerja tidak akan berjaya dilaksanakan. “Pastikan jentera WARISAN terus bekerja keras dan fokus dalam menghadapi PRN kali ini,” ujarnya. ...MDateline

Comments

Anonymous said…
Mana2 parti yg jemput Atok ceramah pasti parti itu akan jatuh bengkap.
Anonymous said…
mengalahkan kuasa tuhan ini tahu semua