ANWAR DAN TUN M WAJAR INSAF DGN KEPUTUSAN PRK SLIM

Kedua-dua pemimpin utama blok pembangkang wajar mengambil iktibar dari kekalahan besar calon Pejuang Amir Kusyairi pada PRK Slim semalam. Jelas sekali perpecahan di kalangan pembangkang memberikan keuntungan besar kepada blok kerajaan 'tebuk atap'. Sesungguhnya Anwar dan Tun Mahathir sebenarnya memerlukan antara satu sama lain bagi menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini. Bagi penganalisis politik jelas sekali sebenarnya Tun M tidak boleh berseorangan dengan parti barunya. Manakala kekuatan Anwar dan PH pula tidak mampu untuk menyaingi PN dan MN. Buktinya jelas kejayaan menumbangkan kerajaan 'khurafat' BN pada PRU14 pada 2018 dahulu adalah kerana perpaduan semua parti-parti pembangkang dalam PH. Sebab itu bagi kami Tun Mahathir dan Anwar mesti kembali duduk semeja melupakan persengketaan dan kembali bersatu menumbangkan kerajaan yang ada sekarang. Usaha untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini mesti dilakukan sekarang bukannya menunggu sehingga PRU15. Ini kerana semakin lama kerajaan pengkhianat ini diberikan peluang memerintah, maka semakin kuat mereka mencengkam dan membina persepsi positif di mata rakyat. Kami berpendapat agar sukar untuk menumbangkan PN dan MN pada PRU15. Lebih senang jika Tun M dan Anwar mencari jalan pintas sekarang untuk memerintah semula. Tun M sendiri mendakwa mempunyai bilangan ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan. Mengapa tunggu lagi buktikanlah bahawa memang beliau mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan. Anwar dan PH mesti bersama-sama Tun M untuk membentuk kerajaan baru ini. Satu lagi hasil dapatan kami ialah Tun M patut memberikan laluan untuk Anwar atau pemimpin lain untuk menjadi PM. Itu sahaja formula untuk mendapatkan sokongan semua blok pembangkang. Tun M mesti meyakinkan parti yang menyokongnya supaya menyokong Anwar atau pemimpin lain menjadi PM. Jika tidak bersedialah kita untuk berada 100 tahun lagi di bawah kerajaan tebuk atap ini. Itu pun jika Kiamat belum menjelang. Gambar sekadar hiasan

Comments

Anonymous said…
La dah LUPA ker?
Media 23 Ogos menyiarkan berita,
MAHATHIR MENOLAK KERJASAMA DENGAN PKR,
MAHATHIR HANYA BEKERJASASAMA DENGAN AMANAH DAN DAP.
Anonymous said…
Rakyat semakin MELUAT dengan tun M, Amanah & DAP tak tahu ker?
Anonymous said…
Kami generasi Y menolak Tun M!
Anonymous said…
Ada yang masih TAK SEDAR,
rakyat sekarang (Melayu Islam, Cina dan India) secara TOTAL MENOLAK TUN M dan partinya!
Anonymous said…
Politik negara jadi kucar kacir berpunca dari sikap berdolak dalik TDM untuk menyerahkan jawatan PM kepada DSAI. Pengkianatan dengan janji yg telah dipersetujui bersama dlm PH. Rakyat dah muak dengan TDM dan konco-konconya. Kegagalan PH mengotakan janji-janjinya dan kemarahan pengundi yg mengharapkan reformasi pentadbiran semasa pemerintahan PH dahulu...semua berpunca dari kegagalan TDM sebagai PM ....
Anonymous said…
Tebuk atap ka tebuk kelapa ka.. PH ttp x leh naik.. Sembang Kari.. Rakyat loya dh modal PH ni.. Majoriti cukup la.. Mana daaaaaaa..
Anonymous said…
Kami menolak Tun M dan menanti DSAI.
Anonymous said…
Blog ni dah lama tak aktif, rupa2nya admin ini baru tersedar siapa menolak sapa dalam hal yg di tulis kononnya ... "ANWAR DAN TUN M WAJAR INSAF DGN KEPUTUSAN PRK SLIM"

Raayat dah lama tau sejak 1 mac dulu apa yg berlaku dan siapa yg menjadi AKITEK KEJATUHAN PH, toksah dok layan Atok saka lagi dah, PH dan Raayat nak maju kedepan, yg banyak sebut mangajak Raayat menolak rasuah, jgn2 zaman dia jadi PM 22 Tahun sebelum nya, selama ni banyak lagi besar kes rasuah yg di sembunyikan dari mata Raayat, kengkawan dan kroni2, sdr mara sendiri yg pelahap terbanyak, mana pendaawaan kes2 lama?
Anonymous said…
Kami orang muda tak minat orang terlalu tua jadi pemimpin. Cakap tak konsisten