AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PAS-UMNO : DULU FITNAH SEKARANG KENYATAAN

Dahulu dikata fitnah dan tuduhan tanpa asas bila kita kata PAS dan Umno 'nak kahwin'. Macam-macam tuduhan dan cacian dilemparkan kepada kita oleh pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS. Di kalangan ahli mereka pula menyatakan takkan PAS dan berkawan dengan Umno yang 'taghut', munafik, fasik dan sebagainya (tuduhan dan labelan dulu kepada Umno). Kami percaya pimpinan kami.

Kini sudah terbukti dan terpampang di hadapan mata. Naik berbulu mata kita melihat 'sucinya' pimpinan Umno hari ini yang beratur panjang memasuki dewan muktamar PAS di Kuala Terengganu.

Berpeluk cium dan berlaga pipi antara 2 parti suci ini. Tidak lagi ada 'najis' dan 'dosa' antara mereka. Bertepuk tampar dan bercubit-cubitan umpama pengantin baru yang semuanya manis dan harum belaka.

Akhirnya ahli PAS tertipu dan ditipu oleh pimpinan mereka. Mereka menyatakan tidak boleh berkawan dengan DAP kerana DAP tentang hudud apa pula kurangnya MCA, MIC yang lebih kuat menentang hudud...............kita harap ahli PAS sedar dan ramai-ramai menyertai AMANAH dan PH untuk membina Malaysia Baharu.

Comments

Anonymous said…
Senario politics pas perlu berpaut Umno juga begitu dan sebelum ini telah terjadi dahan pautan itu ternyata rapuh tahniah kerajaan ph kerana telah melalui liku liku pejuangan yang berbagai gaya dan ragam tahniah juga pada anuar Ibrahim yang telah bebas nikmitilah hari kebebasan ini dgn penuh wadah dan nikmati kesukuran dgn penuh istiqomah berendahkan diri akan kenikmatan ini dgn keluarga dan sahabat andai.mukadimah

Langkah port Dickson lazimnya semua sudah tahu tun mahathir telah berulang kali memberi gambaran berupa kenyataannga anuar adalah penganti beliau seperti mana manifesto pru14 menamatkan anuar sebagai pm alhamdulillah cuma saya tegaskan tentang penghasut penghasut yg menekan anuar Ibrahim dan penghasut yang menekan pakatan harapan mengharapkan Adu domba mengharapkan kekusutan antara dua musuh politics lama ini sewajarnya ianya tidak berlaku baik langkah port Dickson ini sewajarnya tidak berlaku kerana ianya mengambarkan satu watak kradibiliti yg gelogoh tergesa gesa dan mengambarkan kerajaan ph hanya rhetoric Tampa kelibatnya dan saudara anuar perlu belajar respects gabungan ph ini diatas nama rakan sepejuangan tampa ph siapala saudara anuar seorang lelaki yg dituduh meliwat biarpun berjenama tuduhan politics kesannya pada melayu satu kesan yg dunia tak lupa ibarat melepaskan sesuatu yg tersepit dan segalanya sudah bebas lagaknya bagai hero Tamil sivaji dlm films the bos ini satu kelemahan selain gopoh dan gelojoh ini satu kelemahan senjata bagi parti lawan untuk menekan dan menekan.. Kita tidak cakap anuar tidak layak untuk jawatan pemimpin namber one yg kita pertikai sifat sifat gopoh dan gelojoh beliau yg membuat kan kita saling berfikir 2x layak kah layak Kah ataupun selepas mendapat jawatan itu kita saling di kahkahkah ini hanya pendapat tidak bermaksud apa apa bual kosong cuma