AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ANWAR MEMANG BERHAK BERTANDING - SOFI

Tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding tidak seharusnya dijadikan isu memandangkan ia sudah digariskan dalam Manifesto PH pada PRU14 lalu.

Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, manifesto terbabit telah menyatakan bahawa laluan akan diberikan kepada Anwar untuk bertanding selepas dibebaskan dari tahanan atau diampunkan hukuman penjara.

Menurutnya, apa yang digariskan manifesto ini adalah bagi membolehkan Anwar menjadi seorang Ahli Parlimen dan seterusnya memasuki kerajaan.“Ini sememangnya sudah digariskan di dalam Manifesto PH pada PRU lalu. Jadi isu peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak berbangkit,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang meletak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding dalam PRK di Port Dickson nanti.

Pada masa sama, Mohd Sofi turut berkata, isu pembaziran wang rakyat sebagaimana disebut sesetengah pihak ekoran PRK di Port Dickson ini boleh dielakkan sekiranya pembangkang tidak meletak calon mereka.

Jelasnya, beliau yakin jika pembangkang meletak calon mereka sekalipun, mereka tidak akan mampu menyaingi PH dalam mendapatkan sokongan pengundi.

Katanya, ini jelas apabila pengundi di kawasan parlimen berkenaan telah memberi kemenangan kepada PKR dalam  PRU lalu, sekaligus membuktikan bahawa Parlimen Port Dickson merupakan kubu kuat PH.

Comments