AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BUDAYA MENYOROK KELEMAHAN MESTI DIBUANG

Budaya menyorok kelemahan dan keburukan dari pengetahuan pemimpin merupakan budaya yang mesti dibuang dari masyarakat ini.

Sudah menjadi amalan di negara kita, bila pemimpin ingin turun padang maka segala jalan, bangunan dan prasarana dibaiki dan dicantikkan. Orang bawahan dilarang melapor dan memberitahu pimpinan atas tentang kelemahan, kepincangan dan keburukan apa sahaja.

Jika mereka membongkar dan memberitahu keburukan tersehut mereka akan diambil tindakan.

Jika budaya ini terus diamalkan maka sudah tentu komuniti, negeri dan negara kita tidak akan maju. Perkara yang tidak elok disorok, kelemahan disembunyikan, keburukan disimpan dan sebagainya.

Maka sudah sampai masanya budaya ini dibuang jauh dari negeri dan negara kita.

Gambar sekadar hiasan.

Comments