BIARKAN KUDA DAN ANJING LAUT MENGEJI

SETAHUN TELAH BERLALU

Setahun sudah berlalu,
September datang kembali.

Syukur padaMu
Walau taufan dan badai melanda
Perahu kecil terus membadai samudera
Turun naik bergoyang kiri kanan
Penumpang dan nakhoda tetap utuh

Tidak terjun ke laut
Walau dikutuk dikeji
Kuda-kuda dan anjing-anjing laut
Yang berlagak suci

Yang Maha Esa dan KekasihNya
Jadi pedoman dan tempat mengadu

Sabar wahai penumpang dan nakhoda
Kita semua sama destinasi
Di muhasabah nanti
Bukan mereka yg Maha Menghisab
Bukan mereka yg Menentukan nasib
Ikhlaskan niat dan teruskan perjuangan
Islam Milik Semua
Islam Rahmatan Lil 'Aalamin

Di hujung sana ramai yang menanti
Menagih simpati dan dambakan kasih

Di luar sana ramai yang dizalimi
Perlu pembelaan dan menagih simpati
Penguasa rakus dan kapitalis ganas
Menghisap darah dan melahap peluh

Ayuh mara tanpa menoleh kiri kanan
Jangan berpaling tanpa rasa letih
Tugas peranan amat besar
Ganjaran Insya Allah menanti di sana .....

Sofi Wahab
Le Buck
1302 31 Augustus 2016

Comments

Unknown said…
Rasa2nya husam keji PAS bukan sebaliknya..
Anonymous said…
Yuuup n sure...
Anonymous said…
Sapa yg panggil org lain barua..balaci..anjing bagai kalau bukan hadi nkau tu..
Unknown said…
Berapa kali aku nak cakap.. Itu bukan keji itu panggilan gelaran supaya ahli2 PAS boleh bezakan mana yg istiqamah dan mana yg khianat kpd parti
Anonymous said…
Sapa yg balun 90juta..sampai hari ni x saman2..dasar barua