UTAMAKAN KESELAMATAN DI SEKOLAH, ELAK KEJADIAN MALANG BERULANG

Kejadian malang itu memberi pengajaran kepada kita semua khususnya pihak pengurusan sekolah agar sentiasa memantau keselamatan pelajar di kawasan sekolah mereka.
Pihak sekolah mesti peka kepada keadaan sekeliling dan sentiasa memantau apa juga prasarana dan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Sudah menjadi budaya di negara kita ini bila kejadian sudah berlaku barulah pihak berwajib mengambil langlah-langkah tertentu untuk memastikan kejadian itu dari berulang.
Tindakan sebegini sebenarnya sudah terlambat, kerana nyawa sudah melayang, kecederaan sudah pun berlaku. Sepatutnya pihak berwajib mengambil langkah-langkah pencegahan (Preventive Action) lebih awal bukannya mengambil langkah-langkah pembetulan (Corrective Action) selepas sesuatu kejadian berlaku.
Di bawah ini beberapa cadangan untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah :
1) Menjalankan kajian secara terperinci tentang aspek-aspek keselamatan dari segi aktiviti dan prasarana di kawasan sekolah. Seterusnya setelah semua aktiviti dan prasarana yang mungkin menyebabkan kemalangan dikenalpasti pihak berwajib mesti mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kecederaan dan kematian dari berlaku.
2) Menjalankan kursus-kursus dan latihan kesedaran (Awareness Training) kepada kakitangan dan pelajar sekolah tentang aspek-aspek keselamatan serta impaknya.
3) Menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan (Safety Committee) di setiap sekolah yang berperana memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi dan diamalkan.
4) Melaksanakan audit keselamatan (Safety Audit) secara berkala di sekolah-sekolah khususnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta prasarana dan kelengkapan sekolah yang mungkin berpotensi menyebabkan kemalangan. Segala dapatan dari audit ini mesti di atasi dan langkah-langkah pencegahan (preventive action) dan pembetulan (corrective action) mesti dilaksanakan.
Merujuk kepada kejadian tiang gol yang menimpa Allahyarham adik Nik Mohd Lutfi, saya ingin mencadangkan supaya semua tiang gol samada tiang gol bolasepak, ragbi, hoki, sepaktakraw, bola keranjang dan sebagainya diperbuat dari besi atau kayu yang berat ditukar kepada tiang yang diperbuat dari gentian kaca (fibreglass) atau gentian karbon (carbon fibre) yang lebih ringan dan tidak berkarat. Kita semua tahu tiang besi amat berat dan mudah berkarat khususnya di bahagian yang ditanam dalam tanah. Ini menyebabkan kita tidak perasan bahawa tiang itu bila-bila masa sahaja akan tumbang.
Akhirnya saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga mereka tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T Kepada pihak Jabatan Pelajaran dan sekolah, saya mohon supaya segera mengambil langkah-langkah di atas atau langkah-langkah lain yang difikirkan berkesan bagi memastikan kemalangan tidak mudah berlaku di kawasan sekolah.

MOHD SOFI ABDUL WAHAB
Pengarah Komunikasi Media, Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka

Comments

Unknown said…
Salam para POKERMANIA....
Dalam Event Ulang Tahun Poker99.net situs poker online terbaik & terpercaya mengadakan
Hot Promo Poker99.net Edisi Ramadhan :
- Bonus Extra Deposit 10% ( Max 50Ribu )
- Dalam 1 hari bonus hanya di berikan 1 kali
- Maksimal bonus yang di berikan 50.000 / hari
- Pengambilan bonus harus di konfirmasi ke live chat terlebih dahulu
- Minimal turn over harus mencapai 3x dari nilai deposit anda
NB : jika ada terdapat unsur kecurangan maka bonus akan kami tarik kembali

Mari segera daftarkan diri anda dan nikmati bonus deposit nya setiap hari :)
LINK >>> http://poker99.co/

Jangan Lupa Memberitahukan Promo Menarik ini kepada Kerabat Anda.
Silakan hubungi kontak kami di :
WEB : http://poker99.net/
LINK ALTERNATIF : http://kartu99.net/
LIVECHAT : http://bit.ly/1TTxFqq / http://bit.ly/1WCbo4A
FB : http://bit.ly/1TP3NJ2
PiN BB : 5C0356AE
WA : +669 8314 500
YM : Poker99_cs1