AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PRK SUNGAI BESAR : BN SEMAKIN GOYAH

BN semakin goyah itu yang boleh kita perkatakan apabila melihat hasil dapatan kajian beberapa firma yang membuat kajian di Sungai Besar.

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sebab untuk mengekalkan BN, kata kira-kira separuh daripada golongan belia ketika tinjauan di kerusi parlimen di Sungai Besar.
Sejumlah 47.4 peratus menjawab 'tidak' ketika ditanya sama ada BN perlu dikekalkan di Sungai Besar kerana kepimpinan Najib.
Begitu juga, 44.7 peratus menjawab dalam negatif ketika ditanya sama ada BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana kejayaan BN memberi BR1M untuk membela nasib rakyat.
Tinjauan itu dilakukan oleh firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) ke atas 522 pengundi dengan 190 berumur antara 21 hingga 40 tahun.
Satu firma lagi yang tidak mahu nama mereka disebutkan menyatakan AMANAH mendapat sokongan padu dari kaum Cina sehingga mencecah lebih dari 80 % dan sokongan melayu kira-kira 12-20 %. Jika keadaan ini mampu ditingkatkan sedikit khususnya sokongan pengundi Melayu maka sudah hampir pasti AMANAH akan menang di Sungai Besar. 

Comments

Anonymous said…
kalau berita betul, ini sesuatu YANG SANGAT MEMBENGGAKAN. BOLEH JALAN DENGAN UMNO BN.
tulangkering said…
Semalam saya bermimpi BN menang selasa dikedua dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.tapi tak bulih percaya sangat kerana mimpi tu mainan tidur
Anonymous said…
aku tak fikir begitu. siapa yang buat kajian? kalau tak silap institut darul ehsan. institut dari negeri selangor sendiri pastinya faham condong ke arah mana. bagaimana persampelan dibuat? anak muda, anak muda yang macamana? dari penelitian rambang, rasanya pan dan pas akan tewas sebab bercakaran sesama sendiri. congakan mudah ialah siapa yang akan mengundi pan? jawapannya sebahagian orang pas yang kecewa dan pengundi dap. siapa yang akan undi pas? orang2 pas sedia ada. siapa yang akan undi bn? tentunya orang yang telah memenangkan calon dun sg panjang dan pengundi yang telah memenangkan allahyarham bekas mp terdahulu. dapat jawapannya? dengarnya calon pas yang ditakrifkan sebagai harum manis (hijau di luar oren di dalam) juga telah mengecewakan penyokong pas. mereka diminta untuk memboikot prk atau sokong calon bn.
saranan aku, jangan ligat sangat wahai mutaligat, nanti terlebih pening tak tahu kiblat arah mana....
Anonymous said…
Takut ko pulak kiblat arah ke jepun. Sbb bendera pas mcm bendera jepun.....