AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BERBEZA JANGAN SAMPAI MELABEL BOLEH BUNUH

BERBEZA JANGAN SAMPAI MELABEL BOLEH DIBUNUH
Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, menerakakan orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.
Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong AMANAH dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.
Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi pembunuhan sesama seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afganistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini.
Kemenangan mengejut Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ia boleh mengundang kesan bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.
Budaya dan fahaman takfiri ini jika sudah terjebak, sangat sukar untuk keluar sehingga ia boleh memusnahkan negara keseluruhannya.
Parti AMANAH berpendapat, dalam menangani perbezaan, perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang. Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.
Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini.
Sempena bulam Ramadan yang mulia saya insan serba lemah ini merayu supaya sekalipun kita berbeza pendapat, berlawan hujah jangan sampai melabel seseorang itu sampai dibolehkan mengambil nyawanya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama.
Harapan Baru
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
24 JUN 2016

Comments

Anonymous said…
Alaaa pulak tektik kemurungan idea, idea ni orang dah pakai mat sabu
Anonymous said…
aku teringin skg nak tgok wakil dr PIS dan amanah bedebat... nak tgok siapa yg cerdik dan sapa yang kurang cerdik... lagi elok sekiranya wakil dr PIS tu ustaz yang nak ajak betumbuk...
Anonymous said…
pas memang diresapi fahaman takfiri khawarij ISIS
dan fahaman maksumkan imam dr syiah. imam tk boleh ditegur
sebb maksum dan mesti wala' saja
Anonymous said…
PMIP atau PAS patut diharamkan di Malaysia kerana boleh menjadi punca trajedi seperti pembunuhan akibat konsep takfiri yang dimulakan. Kerajaan mesti memantau PMIP ni..
Yang lebih teruknya, orang Melayu telah ditipu berpuluh tahun dengan topeng agama yang ditayangkan oleh PMIP ni..