PRN SARAWAK : LINTAS LANGSUNG

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.
9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian bersama DAP.
9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian (TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.
"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah 600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".
9.35am - Marudi: Proses penamaan calon sedang berjalan di tiga lokasi berasingan di bandar Marudi, di mana satu daripadanya di bawah kawasan Parlimen Baram.
Di luar tiga lokasi itu, keadaan adalah tenang selain daripada sedikit bunyi bising dan sesekali bunyi pesawat terbang dari landasan kapal terbang Marudi yang berdekatan.
Terdapat lebih seratus penyokong PKR menunggu di luar pusat penamaan calon masing-masing - di Marudi, Telang Usan, dan Mulu.
Bagaimanapun, jumlah mereka tidak seramai penyokong BN di setiap lokasi tersebut.
Sementara itu di luar Dewan Suarah di mana proses penamaan bagi kerusi Mulu yang sedang berjalan, kira-kira 100 penyokong calon DAP Paul Raja turut hadir dan menunggu.
Mulu dijangka menyaksikan saingan empat penjuru antara beliau, calon PKR Paul Baya, calon BN Gerawat Gala, dan calon bebas Dr Roland Dom Mattu.
Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Marudi, antara calon PKR Elia Bit, calonn BN Penguang Manggil, dan calon Bebas Louis Jalong
Di pusat penamaan calon bagi kerusi Telang Usan, ia dijangka menyaksikan pertembungan antara calon PKR yang juga veteran kempen anti Empangan Baram, Roland Engan dengan calon ADUN penyandang dari BN, Dennis Ngau.
Pencalonan akan ditutup pada pukul 10 pagi, di mana pegawai pengurus akan membuat pengumuman rasmi.
9.32am - Bukit Assek, Sibu: Tiga calon, Cheng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King (Star) memasuki pusat penamaan calon.
Mereka menyerahkan borang pencalonan kepada para pegawai SPR, manakala pegawai-pegawai berkenaan menjelaskan peraturan pilihan raya dan berbual dengan mereka untuk meredakan ketegangan.
Ini adalah kali kedua Cheng dari SUPP bertanding di kerusi majoriti kaum Cina itu, selepas dia tewas kepada mendiang suami Chang yang juga bekas pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dengan majoriti lebih 1800 undi pada 2011.
Setengah jam sejak proses penamaan calon bermula, segala-galanya berjalan lancar dan tidak ada calon lain yang dilihat datang di Perpustakaan Awam Sibu, di mana terletaknya pusat penamaan calon itu.
9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.
Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon DAP bersedia untuk bertanding.
Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan mungkin dua calon bebas.
Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP.

Comments

PAK HARIS said…
Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))