AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BERHENTI JADI PAHLAWAN BUGIS WAHAI NAJIB

Boo lah perase jadi Tok Ddekar Najib ooo. Malu kokrae ......
Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.
Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.
Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.
"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.
"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.
"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.
PAC tak ada kuasa
Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO.
"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu.
Affifuddin juga menyokong desakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu akaun 1MDB diaudit dengan teliti tanpa bergantung hanya kepada siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).
Kata Affifuddin, pengalaman menjadi Pengerusi PAC mengajar beliau bahawa jawatankuasa itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat secara bebas serta berkesan.
"Ketika saya mempengerusikan PAC, kami tidak membuat semakan forensik. Kami cuma membincangkan laporan Ketua Audit Negara.
"Jika mereka (kerajaan) meminta pengaudit menyembunyikan sesuatu, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Skop PAC terhad. Kami tak ada kuasa memanggil sesiapa dan kami juga tidak ada kuasa mendakwa," katanya.
Affifuddin juga bertanya mengapa Najib dipaksa menjawab setiap dakwaan mengenai 1MDB ketika ada pihak lain yang turut terlibat.
Sambil menunjukkan dokumen mengenai syarikat tajaan kerajaan itu, Affifuddin berkata, ada ramai orang bergelar Datuk dan Tan Sri dari UMNO yang dilantik sebagai ahli lembaga serta penasihat 1MDB.
"Mengapa mereka berdiam diri? Mereka juga patut disiasat. Gergasi korporat ini hanya berdiam diri dan mengapa mereka tidak pernah memberikan jawapan?" katanya.
~ Mkini

Comments

Unknown said…
Pahlawan bugis lebih hebat dari pahlawan minang..tu yg si affifuddin tu bengang jika mengimbau bagaimana pahlawan bugis daeng 5 bersaudara menapakkan takhta di tanah melayu yg sebelum tu di kawal oleh pahlawan minang raja siak..
Unknown said…
Bab melanun ni bukan bugis saja..suku lain pun ada yg melanun termasuk bgsa eropah dan cina..dato maharaja lela.,dato bahaman.,raja haji.,sultan ibrahim selangor.,sultan hasanuddin makassar.,daeng galesong.,daeng mangalle.,daeng karunrung.,kahar muzakkar dan byk lagi adlh cth pahlawan berdarah bugis yg menentang pnjajah..kalau tak tahu pasal aceh jgn smbrngn kata..bugis dan aceh adlh saudara..kesultanan aceh abad 16 hingga 19 adlh sultan aceh dinasti bugis..kat makam diraja aceh ada papan tanda tulis besar besar MAKAM RAJA RAJA ACEH DINASTI BUGIS..cucu cicit dah tak kata orang bugis tapi orang aceh..tapi salasilah tetap berdarah raja bugis..begitu juga bugis kat tanah melayu ni..
Unknown said…
Najib bukan pahlawan bugis tapi pemimpin negara utk semua kaum..buktinya barisan kabinet bukan semuanya bugis..ada jawa minang aceh banjar cina india mamak penang dusun bajau iban dayak orang asli semua ada..kalau kata najib berdarah pahlawan dan sultan dari bugis haaa mmg benar..berasal dari kerajaan gowa yg kuat menentang belanda..kerabat gowa ni menentang belanda hingga ke tanah jawa dan tanah melayu..malah ada yg mbantu sri lanka menentang pnjajah disana..ada juga di afrika selatan melawan inggeris..dalam kerajaan ayuthaya siam ada mcatat sosok daeng mangalle dari gowa makssar mlancarkn penentangn trhadap siam di tanah siam..dlm kitab sulalatus salatin ada mncatatkan asal usul hang tuah berasal dari gowa..bapa najib sendiri adlh pahlawan melayu..mengubah status melayu dari miskin mnjadi kaya,dari dungu mnjadi pandai cerdik..jgn main main dgn pahlawan bugis,dia tidak perlu mggunakan keberaniannya setiap waktu tapi juga cukup mggunakn kebijaksanaannya utk mngalahkn musuh