AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN INIKAH YANG ISLAM AJAR???

Patung mirip dua pemimpin DAP berbaju BERSIH menjadi kemarahan sekumpulan penyokong perhimpunan kontroversi 16 September ini di Kuala Lumpur.
Dalam sebuah video dimuat naik ke Internet, patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar hingga rentung.
Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu.
Ia sebelum ini menyaksikan ucapan seorang lelaki yang mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.
“Durjana, celaka inilah hendak pecahkan orang Melayu di negara ini,” kata pemimpin itu yang ucapannya diselang-seli dengan laungan “hidup Melayu” dan takbir.
Dia dalam ucapan menyebut, pembakaran dua patung itu sebagai simbolik tentang BERSIH yang didakwa “hendak menipu”.
Selain itu, disebut juga, “kita bakar bapa segala bapak roket” dalam sepanjang 4.16 minit itu. Video DI SINI
The Malaysian Insider melaporkan acara itu diketuai oleh ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia juga melaporkan ucapan keras itu dibuat oleh Fatmi.
Acara itu dilapor berlaku semalam.
Fatmi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas perkara itu.
ADAKAH INI CARA ISLAM .....BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN .....Kita semua tahu apabila sesuatu isu besar yang berlaku kepada BN dan pemimpinnya mereka akan menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraihkan sokongan orang Melayu dan mengalihkan isu. 

Comments

Anonymous said…
marah pada cina...????? ...BAKAR COLOK CINA SEBESAR BATANG KELAPA TU SERATUS ATAU DUA RATUS BATANG NANTI ......LEPAS TU KATA KAT CINA-CINA ..." TENGUK CINA-CINA KAMI BAKAR COLOK-COLOK KAMU ....HABIS SEMUA .....!!!" ....baru le cina-cina tu segan sikit ....mereka tak mampu nak bakar begitu banyak ......MELAYU UMNO MAMPU ooooooooooo....!!!!!!!!!!!!
Anonymous said…
asal keje bodo aje mesti umno yg buat.. la ni dh jangkit kat pascai
Anonymous said…
Alhamdulillah tuan guru lgentlh mengesahkan bahwa mereka kekal.dlm kjaan slgr supaya pas tidak dpt melaksanakan hukum2 islam leatas org islam seperti kesslahan membeli dan meminum arak....apabila musuh menegsahkan utk kita...maka yakinla kita dgn perjuangan islam yg dibawa pas...bkn sekdr retorik atau janji2 yg belum tenu tertunai...terima kasih tuan guru lge krn pencerahan...
Anonymous said…
Bakar patung cina pastu nak pilihanraya sok melutut, menyembah kat org2 cina rayu undi..ini la jenis melayu bodoh..iman tak dapat diwarisi tapi kebodohan mudah diwarisi..ini tanda2 parti melayu bodoh yg akan kalah PRU14 nanti..