AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

AMOI SONDOL BAHU ABG MAT, HA3X TERUK ABG MAT KENA KEROYOK ....

Hati-hati Abg Mat .....Abang Mat tak sengaja kot ...amoi tu tiba-tiba mai sondoi bahu Abg Mat .....ha3x. Kesian Abang Mat. Orang 'famous' macam tu lah kena hati-hati. Dulu Abang Mat pernah kena di Hotel Perdana. Sampai ke la depa duk ungkit cerita Abang Mat .....Lepas ini tak tahu lah apa pula kritikan dan cercaan yang Abang Mat kena.....orang lain pun kena hati-hati......
Ketua pengiring yang bertugas menjaga pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohammad Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4 memohon maaf berikutan kegagalannya mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas timbalan presiden PAS itu.
Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita semasa perhimpunan itu menjadi viral.
"Berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.
"Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebabkan berlakunya insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam," kata Arif di dalam Facebooknya.Selain itu, Aris berkata, beliau selaku ketua pengiring dan pasukan keselamatan GHB yang diberi nama ARIF akan berusaha memastikan insiden seperti itu diatasi pada masa akan datang.
Antara gambar yang menjadi viral ialah gambar seorang wanita pertengahan umur memegang tangan Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu serta seorang gadis remaja yang menyandarkan kepalanya di bahunya untuk bergambar.
Menjelaskan kejadian itu, Aris berkata, ia berlaku ketika Mohammad bergerak dari sebuah pentas ke pentas lain di tengah kesesakan puluhan ribu peserta.
Malah, jelas Aris, beliau sendiri yang memberi arahan kepada pihak keselamatan supaya kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesra rakyat.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.
"Sekali lagi saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat se-Islam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap pengerusi Gerakan Harapan Baru," katanya lagi.

Comments

Anonymous said…
mat sabu buat ape pun bolih. mmg itulah sifat GHB. halal belaka
powertrain1648 said…
bila kene tang kite...tak disengajakan...bila kene tang org...mak aii...habis ayat quran hadis dikeluarkan

bila kene tang org...nak ug...nak ug....bila kene tang kite...diam plak

habis dah barua2 keluar pas...ada nak berug? tak jgk...xker mengfitnah namanya...dahlah melompat dari pas masuk parti kuali...amanah ke wakil2 rakyat camtu...tepuk dada tanya iman...

pastu skrg nk suruh pas lepaskan kawasan2 tu selama2nya pada parti kuali? sori la sofi...

bila hasnul dan saari dh mintak mahap dgn tski? bkn ke depa sanggup jadi barua semata2 krn kononnya tski itu la ini la...saifuddin dh mintak mahap wooo...
Malaysiabaru said…
Pesan pengerusi bersih

1. Hati hati dengan sabotaj
2. Jaga kebersihan
3. Jangan redah dataran
4. Jangan buat kacau harta awam
5. Tangkap SB yg letak gambar Najib di atas jalan untuk di pijak.
6. Tangkap MCA yg bawa perempuan cantik pakai seksi
7. Tangkap baju merah yg Baling mercun!!