AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

GHB MELAKA TERUS MARA : 2 PARLIMEN TELAH TUBUHKAN AJKNYA

2 Kawasan Parlimen dalam negeri Melaka telah menubuhkan ahli jawatankuasanya iaitu GHB Kawasan Parlimen Bukit Katil dan Alor Gajah. Penubuhan GHB ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat lebih-lebih ia sudah pasti menjadi alternatif kepada Pakatan Rakyat yang telah berkubur.
GHB Bukit Katil diketuai oleh bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek manakala GHB Alor Gajah diketuai oleh juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Ashraf Mukhlis Mighat.
Ketua Penyelaras GHB Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek (gambar) berkata penubuhan AJK GHB Bukit Katil memang dinanti-nantikan oleh rakyat ianya menjadi tapak kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari wadah alternatif kepada NGO dan parti-parti politik yang sedia ada.
 "GHB Bukit Katil setakat ini bergerak sebagai NGO dan bila sampai masanya GHB akan menyertai parti politik baru yang bakal ditubuhkan pada bulan September nanti".
 "Kami akan menubuhkan cawangan-cawangan GHB di dalam Kawasan Parlimen Bukit Katil dalam masa terdekat dan setakat ini kami sudah mengenalpasti tempat-tempat yang akan ditubuhkan cawangan tersebut" ujar Bakrin.
Bakrin berkata barisan ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri dari mereka-mereka yang pernah menjadi aktivis parti politik dan sebahagiannya lagi adalah mereka yang sebelum ini tidak terlibat secara serius dengan politik atau NGO.
"Kami akan giat menjalankan gerakerja mendaftarkan ahli-ahli GHB khususnya kepada mereka-mereka yang tidak ada parti tetapi berminat untuk bersama-sama dengan GHB"
"GHB mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dengan GHB tidak kira kaum, agama dan fahaman politik" tambah Bakrin yang pernah bertanding sebagai calon PAS menentang Tan Sri Ali Rustam di Dun Bukit Baru.

Laman FB GHB boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Harapan-BARU-Negeri-Melaka-Ngo/1096919013669902

Senarai AJK GHB Bukit Katil
Ketua Penyelaras : Hj Bakrin Sidek
Timb. Ketua Penyelaras : Nor Yusof Abdullah
Setiausaha : Haji Mustafa Ali
Bendahari : Mohd Shamsir Mohd
Ketua Penerangan : Abdul Rahim Jamaluddin
Ketua Pemuda : Muhammad Aizat Baharuddin
Ketua Wanita : Masturah Hassan

AJK :
Ahmad Salman
Abdul Rahimudin Mohd 
Mohd Yasmin Ismail
Amat Alang 
Mohd Khaidir Abdullah
Khairuddin Yusof
Jalaludin Khan Abdullah
Juhari Osman
Jauhar Muhammad Dawi
Abdullah Suhaimi Saad
Mohd Muniruddin Ghazali
Mohd Yahaya Saad

Senarai AJK GBH Alor Gajah:
Penyelaras:Ashraf Mukhlis 
Tim penyelaras:Abd Kadir Shohod. 
SU: Hj Safri Safie. 
Bendahari : Sidek Lajat. 
Ketua Anak Muda: Abu Hassan Ahmad. 
Ketua Muslimat: Pn Azizah
AJK : 
Abdullah Latif. 
Mohd Nasir Hassan. 
Zainurdin Ibrahim. 
Marzuki Jusoh. 
Mirani Achah. 
Hjh Normah Sulaiman. 
Abd Yazid Salleh. 
Ali Nordin Suboh.


Comments

Anonymous said…
bravo bravo GHB selamat menjadi terompah DAP dan jadilah kamu ulat-ulat makanan DAP. Syukur kepada Allah walaupun aku menjadi spt Khalit Al Walid dilucut jawatan namun meninggalkan perjuang Islam tidak sekali.

Mutaligat kamu tidak diperlukan lagi oleh PAS.

Insalllam akan ada 10 orang lagi akan berkuang untuk PAS.
Anonymous said…
Yang peliknya dah lah tahu lapora media UMNO kenapa pula TMI siar semula jadi berita? Apa tujuan Malaysian Insider ambil berita AKHBAR UMNO? Bila pula TMI menjadikan akhbar UMNO sebagai rujukan?

Hebat dan benarkah berita akhbar berkenaan sehingga TMI jadikannya sandaran berita?

Dua orang pengarang dalam TMI Zulkifli Sulong dan Amin Iskandar perlu ditanya  jahat sangat PAS pada diri mereka berdua sehingga semua berita nak burukkan PAS?