AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

AKTIF GHB : HUKUMLAH MEREKA ITU, SELAGI KAMU ADA KUASA UNTUK MENGHUKUM

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa kesal di atas desakan Tiga Dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri itu mendesak kepimpinan parti menjalankan satu prosiding tindakan tatatertib kepada pemimpin PAS susulan rancangan mereka manubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka berkata tindakan menghukum ahli-ahli PAS tersebut bukannya tindakan bijak sebaliknya akan menambahkan publisiti percuma kepada GHB dan pimpinan GHB. Setakat ini menurut mereka pimpinan tertinggi GHB dilihat lebih matang dalam politik di mana merekat tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat beremosi walaupun pelbagai serangan ditujukan oleh pimpinan PAS. 


Sebab itu ahli-ahli PAS yang ditemui merasakan adalah lebih baik pimpinan PAS berunding dan berbincang dengan pimpinan GHB dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Mungkin kedua-dua pihak akan untung dan situasi menang-menang (win win situation) dapat dicapai. Tidak ada gunanya bermusuh dan berseteru di saat rakyat sedang terhimpit dengan kesengsaraan. 

Media hari ini melaporkan bahawa ketiga-tiga sayap PAS Kelantan dan DHPP Kelantan menggesa tindakan diambil kepada beberapa tokoh PAS masih berjawatan dalam parti termasuk wakil rakyat PAS yang terlibat dalam ceramah pengisytiharan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama mereka, keempat-empat sayap PAS itu menganggap tindakan kumpulan pemimpin PAS itu sebagai "terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti."

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka.

Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Lim Guan Seng.

Mengulas lanjut, keempat-empat sayap PAS itu turut menegaskan pendirian beliau untuk menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan negeri bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap kepimpinan parti dan kerajaan," kata sayap-sayap PAS itu.

Ekoran tersingkir pada pemilihan lalu, kumpulan profesional mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam bagi memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

Manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pulamengumumkan usaha mewujudkan muafakat politik lebih utuh merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk NGO seperti BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.

Bagaimanapun, PAS kini mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

Comments

Anonymous said…
oooh rupanya wakil dewan penyokong pas
tu kafir harbi juga nama Lim Guan Seng
lebih kurang Lim Guan Eng juga...

adik beradik kot

boleh pulak PAS sekongkol dgn kafir harbi
boleh pulak kawan dgn org yg makan babi

mana PAS tau dia tkde agenda jahat mcm DAP?

sebb dia cina kan, musuh melayu umnu,
mestilah ada agenda jahat kan terhadap
islam PAS

PAS diperkuda oleh Lim Guan Eng, rupanya
PAS diperkuda Lim Guan Seng
Anonymous said…
PAS mengambil sikap 'siku dan lutut' dalam perkembangan penubuhan
parti baru
bat8 said…
Tuan

Pakatan baru semestinya tidak termasuk PAS sekiranya mereka tidak mahu dihancurkan berkali2 ol3h PAS sejak dari keruntuhan BA dulu.

Dalam keadaan PAS sekarang yang dipimpin ol3h segelintir ulamak yg pro UMNO dan kita tahu keupayaan politik mereka yang terhad, memasukkan PAS memberi 2 beban tambahan kepada Pakatan baru. Satu ibarat xde beban batu digalas dan keduanya dok pikul biawak hidup ataih belakang yang kita tahu bila2 masapun boleh m3ncakar b3lakang kita.

Biarkan PAS bersendirian m3nhikut keh3ndakan ulamak pro UMNO yang menguasai PAS sekarang. Ki5a tumpu kepada perjuangan melalui GHB. Untung nasib PAS bukan tanggungjawab kita tetapi tanggungjawab ahli-ahli PAS. Biar mereka uruskan rumahtangga mereka sendiri.
Anonymous said…
Tunjukkan kekuasaan Super Duper CAI.....
Anonymous said…
SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
awng md hadan said…
Nak hukum apa? Hukum bunuh salah pasai bukan murtad...ghb ni baru kwn je dgn kapiaq... hukum humban najis kat muka le pd golongan munafiq ghb ni