AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

JANGAN MELAMPAUI BATAS AMARAN DARI USTAZ ZUL

JANGAN MELAMPAUI BATAS ! 

Firman Allah Taala di dalam surah al-Ma'idah ayat 2 bermaksud: Jangan sampai kebencian (mu) kepada suatu kaum kerana mereka menghalang-halangimu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat melampaui batas (kepada mereka). AlQuran adalah pembimbing agung kepada golongan beriman. 

Ayat yang saya sebutkan maksudnya di atas adalah daripada sekian banyak ayat-ayat AlQuran yang memandu golongan beriman kepada akhlak yang mulia: Sifat berupaya mengawal kemarahan diri dan bersikap adil dan taqwa dalam berbagai-bagai situasi, peperangan, kekalahan maupun kemenangan. Allah Taala sebagai contohnya pada ayat ke 2 surah al-Ma'idah membimbing golongan beriman agar mengawal kemarahan mereka terhadap pelbagai penindasan musyrikin termasuk menghalang mereka mengunjungi Masjidilharam. 

Setelah kemenangan Islam menguasai Mekah dan pada waktu golongan Musyrikin masih dibenarkan mengunjungi Masjidilharam, golongan beriman dibimbing oleh Allah Taala agar mengawal kemarahan mereka dan mengekang diri mereka dari membalas dendam terhadap  Musyrikin yang mengunjungi Masjidilharam. Tanggungjawab dakwah yang mereka pikul menuntut mereka agar sentiasa berakhlak mulia dan menjaga husnul muamalah (hubungan mulia) terhadap setiap manusia. 

Mereka dididik oleh Allah untuk mempamirkan betapa Islam itu adalah Deen yang melindungi semua manusia berasaskan perkongsian keadilan dan kemuliaan akhlak dalam kehidupan di dunia. Tidak ada pilih bulu dan tidak ada pilih kasih dalam soal tersebut. Firman Allah Taala menegaskan keperluan golongan beriman disebalik kemarahan mereka agar tabah dan tetap berakhlak mulia dalam hubungan mereka kepada golongan yang kafir apatah lagi kepada golongan beriman. Itulah kekuatan Islam dan keindahannya yang mendorong penghormatan dan penerimaan sesiapa pun terhadapnya. 

Keupayaan golongan beriman pula mendepani segala situasi dengan akhlak yang mulia dalam hubungannya kepada seluruh manusia itulah ciri yang menjadikan mereka harapan manusia sepanjang zaman. 

Saya benar-benar tidak dapat menyembunyikan perasaan duka cita apabila membaca artikel yang menyamakan para amilin PAS yang melakukan kesilapan sebagai Abu Jahal yang memusuhi Islam. Saya duka cita dengan kebiadapan tersebut. Ia bukanlah dari Islam dan bukanlah untuk Islam. 

ZULKIFLI ISMAIL MUHAMMAD 
AJK Kerja Dewan Ulama PAS Pusat.  

Comments

mohd shahran said…
Kepala bana golongan ulamak
Hj Aduka said…
Sdr Zulkifli, orang biasa melakukan sesuatu yg bukan budaya kamu anggap berdosa TAPI APA HUKUMNYA JIKA PEMIMPIN PAS YG MELAKUKAN PERKARA YG SAMA, malah lebih menjijikan? Orang biasa buat silap kamu menangis, apakah ULAMRMAK PAS BUAT SILAP ENGKAU MENANGIS JUGA, sudah tentu tidak kerana kamu HIPOKRIT sebab terjerumus dalam GOLONGAN MUNAFIK (yg bila berjanji ia akan mungkiri).
Anonymous said…
Pasal cai nko tak duka cite ke........sudah lah! 2x5 je kalau ulamak Pas.....amiliin cap tengkorak! Yg kata jebon, barua tu tak rujuk pasal mekah! Uar mak! Ular mak ular mak!
lagu tu laa said…
utz zul cuma sedih bila da jemaah hina ulama,tapi dia tak rasa sedih dan tak rasa apa2 apabila da ulama yang mengtolol,menganjing,serigala,mempil kuda, membarua,membroker dan lain dengan perkataan2 yang menyakitkan,menguriskan hati jemaah yang tak sehaluan,tak sekepala,tak sependapat dengan dia.itukah akhlak seorang yang mengaku ulama? tak ada rasa bersalah,tak kata 'maaf' dari dia!tak payahlah nak samakan dengan akhlak almarhum tgna!atau nak samakan dengan akhlak nabi saw ibarat langit dengan bumi.inikah akhlak ulama pewaris nabi?
Anonymous said…
helo ,

apa yg GHB melampaui batas? apa kata2 mereka yg melampau batas?

yg kau baca posting netizen kemudian kau layan komen2 seolah2 pemimpin
GHB yg sebut..... tu sbb PAS dh hancur sebb pemimpin nya dungu

sebutan jebon munafik haraki dll takde nk beri amaran ke


udahlah bro..... rakat dha meluat dgn PAS.. parti dungu kena tipu 18 kali
dgn umnu