AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

RINTIHAN SEORANG RAKYAT YANG DITINDAS MENGHARAP BELAS DARI PIMPINAN PR

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong PR mengharapka
n semua parti-parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka :

1) PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

2) Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan-rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar-dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.

3) Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.

4) Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk reda

5) Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.

6) Renung dan kenanglah jasa-jasa Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN. Jangan sia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.

7) Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng, rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya. Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.

8) Mana janji-janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.

9) Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan, rakyat dan demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan rakyat dan negara.

Insan kerdil dan dhaif

Mohd Sofi Abdul Wahab 
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
25/05/2015

Comments

pyan88 said…
jangan sampai ditindas, dimaki, dikeji rakan sendiri, muka kami dah sopak disindir dap hari2 kerana ada org yg mcm insan tertindas nie
Anonymous said…
Ini betul.
malangnya yg atas2 tu ada batu dlm dia punya kappela
Anonymous said…
ada hukum islam xnak ikut hukum islam...bknnya satu malaya pun...kelantan jer...susah sgt ke?
xprlah...nanti juak2 jebon dan pasma menang...senang sikit:
1. nak pakai nama allah...pakailah...buatlah bible ke...kitab ke...senang letak nama allah...
2. nak buat pesta beer...bagus tu...menjana ekonomi...kan eknomi lagi penting dr syariah
3. kandang babi besar pun elok jgk...peluang pekerjaan
4. sentuh anjing apa salahnya kan
5. pondan nk dressing pompuan...itu pun menjana ekonomi
6. klu nk rasmi majlis separa bogel pun xper...rasmi jer...bkn apa2...well...jeling sikit2 la...gebu wooo peha amoi
7. nak murtad...biarla...depa pun bkn suka pd islam lagi dah
8. tuan guru lks kata india dan indonesia ramai org islam...tp mereka mengamal kawin bebas antara berlainan agama...takbeer...burpppp
9. komunis sbnrnya pejuang kemerdekaan negara...bwkla balik abu mayat chinpeng weh
klu ulamak menang...susah....ini xleh itu xleh

benarla hadis nabi...yg bwk islam yg syumul dikata pemecah masyarakat...yg bwk kejahatan...disalut gula2...
cucu mamak kutty said…
hebat apa yg kau tulis tu sopi,apa kah kau rasa pimpinan ullllllllstaz2 pas ada hati perut ke,klu kau perhatikan, org2 berketram[pilan mcm lebai2 ni kebanyakan nya hati2 mereka telah mati,ilmu klu tak bergandingdgn zuhud,mereka2 akan kelihatan seperti syaitan menyamar manusia,merka akan berjalan di muka bumi ALLAH ni dgn sombong dan bongkak dan mereka takkan rasa akan penderitaan org lain
cucu mamak kutty said…
pas kaw bkt katil calonkan hj hadi sebagai presiden,t brahim t man tim presiden,mat sabu kau buang dia pijawatan naib presiden.....betul ke kau ni jujur nak pada perpaduan.....aku nampak bkt katil mcm temberang je.....konon merayu demi rakyat tertindas...tapi semua tu temberang je......poraaaaah auta juga lebih.....apa kau org inbgat mat sabu tu pejuang low class mcm kau org