AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

LABEL-MELABEL, FITNAH MEMFITNAH : NASIHAT DARI ALMARHUM USTAZ YAHYA OTHMAN

Setiap kali berlaku muktamar pemilihan, setiap kali itulah bergolak. Wujudnya pertembungan baik individu dan kumpulan bagi menguasai tampuk kepimpinan adalah biasa.

Yang lebih parah lagi, berlakunya usaha dan lobi melobi dengan memburuk-burukkan pihak lawan jika tidak dibendung.
Untuk itu, Ustaz Yahya Othman memberi tip untuk menyelesaikan permasalahan ini ialah ukhuwah.
"Beza generasi ana dahulu dengan generasi anta sekarang ialah ukhuwah. Cuba anta burukkan ana di hadapan sahabat ana contohnya, Pak Nik Lah, apa dia akan cakap? "Mu kenal mana Ustaz Ya?" Walaupun ana pernah berselisih pendapat dalam mesyuarat.
Tapi generasi anta, kalau ada sahabat datang memburukkan sahabat yang lain, anta bukan nasihat agar jangan buat kerja ni, tapi jadi jurutambah lagi keburukan sahabat itu. Bukan kita hendak menutup keburukan dan aib sahabat kita, kita yang tolong perburukkan lagi sahabat kita.
Apa yang kurang generasi anta ialah ukhuwah dan sangka baik dengan sahabat."
Nasihat yang paling kerap saya dengar dalam situasi ini yang disarankan oleh Ustaz Yahya ialah,
"Bermesyuaratlah, saling mematuhi dan jangan berpecah belah. Jadilah, medan kepimpinan jemaah ini sebagai medan untuk berlumba lumba membuat kebaikan dan pahala, bukan medan mendedahkan keburukan dan mengumpul dosa."

(Ustaz Yahya Othman, Murabbi Sepanjang Zaman)

Comments

Anonymous said…
Punca:
1. UG- presiden cadangkan UG lalu telah di swing oleh rakan dan ahli PAS. sehingga mengatakan PAS nak bergabung dengan UMNO. Aku yang jadi ahli biasa pun paham dengan UG inikan pulak pimpinan atasan. Kemudian tuduh presiden nak KU LI jadi PM, bila presiden buka cerita baru semua orang tahu... senyap semua yang tuduh presiden.
Tapi bila Anwar cadang KN, semua setuju sedangkan konsep sama dengan UG. Pelik ahli PAS ni cadangan presiden tak mau ikut, tapi bila org lain laju jer sokong. KimSiang sanggup nak buat kerjasama dengan UMNO/BN sbb tak mau hudud, takde plak org yang tuduh presiden nak gabung ngan UMNO bersuara.... dasar jahat perangai...
2. Kajang Move - dibuat tanpa merujuk kepada PAS dan DAP. DAP diam sebab disana ada kebaikan buat mereka (pasti). 2 adun PAS menikam PAS dengan menyokong WAWI... sehingga hari ini tidak ada pendakwaan terhadap TSKI.

macam tak lulus terbit jer ni...