AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BANJIR MULA MELANDA


18 Nov : Bernama melaporkan bahawa  jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang sehingga pagi ini, berbanding 20 orang petang semalam.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, mangsa yang terdiri daripada 15 keluarga, dipindahkan apabila kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam.

Seramai 38 orang daripada mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala sembilan orang lagi di Dewan Sivik Gong Badak.

Sementara itu, keadaan cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini mendung setelah hujan lebat sejak petang semalam.

Adalah diharapkan semua rakyat berhati-hati dengan kedatangan musibah dan ujian dari Allah ini. Semoga kita semua menjaga keselamatan anak-anak dan sentiasa berserah kepada Allah dan memohon kesejahteraan dariNya. 

Gambar sekadar hiasan

Comments