AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

INI CARA UNTUK SELAMATKAN PAKATAN RAKYAT .........

Kerosakan telah berlaku. Siapa yang salah, siapa yang menambahkan kerosakan bagi saya sudah tidak penting. Apa yang penting sekarang Pakatan Rakyat mesti memperbetulkan keadaan. Semua orang kena mengaku bersalah dan berjiwa besar mengakui manusia tidak sunyi dari kesalahan. 

Oleh itu saya mencadangkan langkah2 yang ideal untuk menyelamatkan keadaan :

1) Majlis Presiden mesti membuat kenyataan bersama bahawa ketiga-tiga parti komited untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

2) Ketiga-tiga parti melupakan dan memaafkan semua kesalahan dan persengketaan yang berlaku.

3) Membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan sentiasa mengutamakan rakyat dan mengurangkan politiking sesama sendiri.

4) Menerima dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Sultan menjadi MB Selangor demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

5) Berjanji untuk tidak lagi menyusahkan rakyat dengan langkah dan tindakan yang merugikan rakyat seperti perletakan jawatan Adun dan sebagainya.

Jika ketiga-tiga parti tidak bersedia untuk melakukan perkara di atas pada pandangan saya masa depan Pakatan Rakyat adalah malap dan semua pihak akan rugi tiada yang untung.

Comments

Anonymous said…
Pertama Pas kena singkir Hj Hadi terlebih dahulu,selagi tuan presiden ni masih ada dlm pas,PR akan sentiasa kucar kacir,kalau isu yg simple pun tak boleh compromi inikan isu-isu yang lebih besar.PR kena cari alternatif ganti Pas.