AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BENARKAH KETUA PEMUDA UMNO TUMPAT MASUK PAS???

Gara-gara kecewa tidak dicalonkan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor 25 September nanti, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat dan beberapa orang pengikutnya dikhabarkan akan keluar parti dan mengisytiharkan sokongan terhadap calon PAS hari ini.

Khabar angin mengenai perkara ini sudah mula tersebar sejak semalam sebaik majlis pengumuman calon BN selsai dan semakin kuat kedengaran sejak pagi tadi - beberapa jam terakhir sebelum PAS mengumumkan calon mereka pula malam nanti.

Malah jangan terkejut kalau Ketua Pemuda yang berkenaan akan bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain di atas pentas pada waktu pengumuman itu dibuat.


Jika perkara ini berlaku, ia adalah satu tamparan yang  hebat terhadap BN dibawah kepimpinan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Malah tidak keterlaluan dikatakan, BN telah pun kalah sebelum pertandingan bermula.

Nampak BN tidak pandai memilih calon sehinggakan perkara seumpama ini berlaku (jika benar).  Calon yang dipilih jelas tidak mengikut hieraki kepimpinan politik tempatan bila seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian pula yang menjadi keutamaan berbanding Ketua Pemuda.

Pakatan Rakyat pasti perkara sama tidak akan berlaku dalam PAS.  Calon yang akan dipilih mestilah mengikut citarasa politik tempatan, bukan main tangkap muat macam itu saja.

Apa sekalipun, blog ini akan mengemaskini maklumat berkenaan dari masa ke semasa tapi jauh disudut hati, aku harap perkara ini benar-benar berlakulah, baru seronok.

~ Sumber NegaraPakatanRakyat

Comments

bat8 said…
Jangan percayalah....siapa ketua pemuda ni? Ada nilai politikkah? Lagi mat said, UMNO boleh setel ini cerita cicit ikan bilis. Biarkan saja UMNO.Ini politik nak rembat diut je. Jangan bagi...nanti merangkak balik nanti
Anonymous said…
pembelot maacanm ni pun PR nak terima ke...bagus ambil orang gila lagi
Anonymous said…
Jangan harap lah paih ooooi! Hamno dah baca habis kebodohan lebai lebai paih! Yg rugi rakyat PK kalau paih menang sebab sama je paih dan hameno!