AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BAHAYA JIKA KETEPIKAN WALA' DAN THIQAH - USTAZ IDRIS


Melaka : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskanbahawa ahli-ahli PAS mesti mempertahankan wala' dan thiqah kepada pimpinan bagi memastikan kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Wala dan thiqah merupakan rahsia keutuhan dan kekuatan PAS yang


menyaksikan PAS boleh terus hiduo sehingga 63 sekarang"



"PAS dilahirkan pada 24 November 1951 dan terus berkembang walaupunparti-parti lain seperi Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dalain-lain berkubur hanya selepas ditubuhkan beberapa tahun sahaja.Semua itu adalah kerana PAS memperjuang Islam dan mempertahankan

institusi wala' dan thiqah" tegas beliau.


Ustaz Idris yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkat demikian pada program Liqa' Fikri Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka di Balai Islam Pernu dekat sini malam tadi.


"Ahli-ahli boleh mengkritik dan menegur pimpinan dengan cara beradab dan berhikmah tetapi bukannya mempertikaikan wala' dan thiqah. Selagi pimpinan tidak menyuruh kepada maksiat dan bertentangan dengan Islam kita wajib memberikan wala' dan thiqah"


"Amat bahaya jika wala' dipermainkan, bahaya, bahaya cukup bahaya kalau institusi wala' ini diperkecilkan dan tidak dihormati"


Menurut beliau tidak kira siapa pimpinan itu samada Ulama', Ustaz, Professional dan aktivis semua ahli mesti wala' dan thiqah.


"Ahli-ahli di peringkat kawasan mesti wala' pada YDP Kawasan, di peringkat negeri kena wala' kepada Pesuruhjaya dan seterusnya"


"Tidak timbul seseorang itu Ustaz atau Ulama dan juga Professional, semua kita mesti memberikan wala' dan thiqah walaupun seseorang itu lebih muda atau lebih junior dari kita, mereka telah diberikan amanah oleh pimpinan parti maka kita kena wala' tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.


Beliau juga menegaskan bahawa tindakan pihak tertentu yang suka label melabel merupakan satu tindakan yang amat menyedihkan.


"Tidak kira siapa dan mana-mana pihak pun tindakan label melabel merupakan tindakan yang amat menyedihkan kita semua, semua mereka ini serupa sahaja, tidak menghormati orang lain dan tidak faham adab berjemaah"


"Tindakan ini mesti dihentikan kerana ianya tidak memberikan sebaran keuntungan kepada parti dan jemaah" tambah beliau.


Sementara itu dalam program yang sama Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menjelaskan bahawa kenyataan beliau dalam sebuah portal berita internet baru-baru ini adalah kenyataan peribadi dan tidak mempertikaikan kepimpinan Presiden Parti.


"Saya hanya merasa terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung yang menyatakan PAS menghantar 3 nama dan ianya telah dijelaskan oleh beliau dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 7 September lalu"


"Kenyataan yang dikeluarkan oleh portal tersebut adalah diambil dari tulisan saya dalam Facebook peribadi saya dan portal tersebut tela memberikan tajuk yang panas sedangkan saya tidak langsung menulis tajuk itu dalam facebook saya" ujar Adly menjawab soalan seorang hadirin pada program tersebut.


Selain Ustaz Idris dan Adly kesemua Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, saf kepimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan serta wakil dari cawangan-cawangan seluruh negeri Melaka hadir bagi mendengar taujihat yang diberikan oleh Ustaz Idris Ahmad.Dewan Balai Islam tersebut penuh sesak dan melimpah sehingga keluar.

Comments

Anonymous said…
kalau pemimpin fitnah, aibkan orang lain, amacam?

kalau pemimpin syura dpt rumah free spt kata at takanan, amacam?

apa nas yg suruh sokong pemimpin camtu?

Ibnu Taimiyyah dalam karyanya Siyasah Syari’iyah mengutip sebuah hadits Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. “Barangsiapa yang mengangkat seseorang (pemimpin) untuk mengurusi perkara kaum Muslimin sementara dia mendapati ada seseorang yang lebih layak daripada orang yang diangkatnya, maka dia telah berkhianat pada Allah SWT dan Rasul-Nya.”
XUMNO said…
Satu contoh kejahilan seorang bernama Adly Zahari yang menampakkan ilmu separa masak dalam politik. Tanpa berusaha mendapatkan maklumat tepat dari sumber, lalu mengutip sampah sarap ditepi longkang dan melambakkannya dalam Facebook untuk dipamerkan kepada orang ramai!! Bila ditegur alasan sama seperti beberapa pemimpin Pas yang lebih mesra PKR " itu pendapat peribadi". Inilah gulongan perosak dalam Pas.
Anonymous said…
Kalau suratkabor dia guna istilah 'Menurut sumber' sebagai lesen.

Dalam politik dia pula guna istilah 'Pendapat peribadi' juga sebagai lesen.
Anonymous said…
Ini pun salah sorang geng UG juga kalau anda semua nak tahu. Kes wala' ini bagaimana pula semasa Dato Asri meninggalkan PAS dan menyertai UMNO, kenapa sebahagian para penyokong PAS tak wala' dengan mengikut beliau keluar parti dan menyertai UMNO?
Anonymous said…
Mohon pencerahan..tidakkah wala kpd seseorg itu adalah spt menyekutukan Allah dan hukumnya adalah syirik? Bukankah ianya satu dosa besar yg tidak akan diampun oleh Allah?

Hadi Awang sbg Presiden telah jelas mengkhianati amanah ahli2, penyokong2 Pas dan keputusan tertinggi parti. Dia telah disaman krn memfitnah dgn tuduhan yg tk berasas. Sifat2 ini menunjukkan beliau bukanlah seorg mukmin dan pemimpin yg baik utk diteladani.
Anonymous said…
AMANAT HADI


SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

PERCAYALAH,

KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.

KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
Anonymous said…
LARANGAN BERBOHONG

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

~Jika berkata ia berdusta
~Bila berjanji ia mungkiri
~Jika berjanji sumpah ia langgar

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

"Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

"Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

~Benar-benarlah jika berkata-kata
~Tepatilah jika berjanji
~Tunaikan amanat
~Jagalah kemaluanmu
~Pejamkan matamu
~Jagalah tanganmu
Anonymous said…
Wala pemimpin bukan mutlak. Yang wala hanya kepada Allah dan Rasulullah, wala kepada pemimpin adalah selagi mana mereka tidak mengajak kepada maksiat, apabila telah mengajak kepada maksiat maka tidak wajib wala.

Pemimpin besar UG mengajak kepada UMNO, UMNO memang penganjur kepada kemaksiatan, adakah pemimpin begini kita nak wala?

Ada pemimpin telah menuduh/ memfitnah secara umum calon sekutu tanpa mengemukakan bukti yang diperlukan. Adakah pemimpin yang telah melakukan kesalahan besar ini perlu kita wala sedangkan dia tidak bertaubat dan memohon maaf secara terbuka atas fitnah yang diberikan... yang dibuat adalah penyelesaian di luar mahkamah menyelesaian masalah dia dengan yang difitnah, tapi bagi orang-orang yang menerima maklumat salah dari dia, ada dia minta maaf secara terbuka?
ROHAYA M NOOR said…
Tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kecuali Hadi dan PAS
ROHAYA M NOOR said…
Tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kecuali Hadi dan PAS
Anonymous said…
Aku rasa wala aku taklah pada pemimpin yang berlidah cabang, tak ada pendirian dan jenis tak reti hormat kesepakatan.

Wala........ modal untuk kekal berkuasa

dulu ya, aku terima PAS sebagai wadah yang unggul,
tapi
lepas kes tikam belakang dgn rakan sendiri,
boleh teruun sungai dengan wala korang

Dalam Islam ada ke konsep khianat dengan rakan sendiri.?
Dan minta pengikut terus wala brsama?

PAS BOLEH BLAH
Anonymous said…
Bukanya ketepikan Wala. dan thiqah tetapi melepaskan perasaan tidak puas hati pada peminpin yang mengeluarkan kenyataan dan mmembuat keputusan sendiri tanpa jemaah.hidup nermasyarakat mesti tahu menjaga kawan .Apa guna kita wala;dan thiqah kalau menjadi kerugian pada Parti.Biarkan saja.Begitu?.biar kalah dalam perjuangan asalakan wala,dan thiqah pada peminpin,Begitu?Sekiranya kita tidak berkuasa bagaimana kita nak jalankan hukum hudud,Ustaz Deris,Nak berkusa kita kena dapatkan sokongan setiap penjuru.Tak kan tak faham.Jangn terlalu memuja peminpin yang tidak mesra rakyat nanyi kita akan di tinggalkan jauh ke belakang.