AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PR BAKAR DIRI SENDIRI

Pakatan Rakyat mesti mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka sendiri cipta. Sepatutnya isu penggantian Menteri Besar tidak menjadi masalah besar jika semua komponen Pakatan Rakyat berlapang dada dan saling hormat menghormati.

Apa masalahnya jika PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail manakala PAS mencadangkan Wan Azizah dan Azmin Ali. Malah keputusan kedua PAS iaitu menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor untuk memilih calon yang layak untuk menjadi MB juga tidak sepatutnya menjadi polemik kerana ituah yag diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia sejak sekian lama.

Mengapa komponen-komponen PR melenting dan mengkritik parti sahabat apabila sesuatu keputusan dibuat oleh parti sahabat lain. Pendekatan ini merupakan suatu tindakan yang salah dan mencemarkan lagi nama P
R di mata rakyat. PR dilihat sebagai tidak sepakat, tidak bertolak ansur dan mementingkan diri sendiri.

Contohilah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menggunakan bahasa-bahasa yang lunak dan professional bila membuat komen tentang parti-parti sahabat lain. Jangan kita termakan dengan mainan media murahan yang menjadi macai kepada musuh kita, seolah-olah kita menjadi jentera perang saraf musuh.

Tindakan mencemuh, mengkritik dan membidas parti sahabat lain tidak memberi sebarang keuntungan kepada PR sebaliknya memberikan senjata percuma kepada musuh. Rakyat menilai dan memerhatikan gerak laku kita. Musuh pula tersenyum puas kerana mereka tidak perlu mengeluarkan peluh untuk mengikis sokongan rakyat kepada PR. Alangkah ruginya PR.

Di Malaysia, sistem Raja Berpelembagaan tetap utuh dan masih dihormati. Sejarah telah membuktikan bahawa perkenan Sultan mestilah diperolehi sebelum seseorang dilantik menjadi Menteri Besar. Tidak guna berkonfrontasi dengan istana  kerana ianya hanya membuang masa dan tidak menguntungkan kita. Rakyat terbanyak masih terus memberikan sokongan dan taat setia kepada Tuanku Sultan dalam apa juga keadaan.

Sejarah telah membuktikan bahawa calon Menteri Besar yang mendapat perkenan Tuanku Sultan sahaja yang akan diangkat dan diamanahkan menjawat posisi panas tersebut. Lihat bagaimana isu Abdul Rahim Bakar di Pahang, Idris Jusoh di Terengganu, Shahidan Kassim di Perlis, Muhammad Nizar Jamaluddin di Perak dan lain-lain. Pemimpin PR sudah pasti tidak lupa dengan sejarah hitam berlaku ke atas Nizar. Semua itu sewajarnya menjadi pengajaran berguna kepada PR dan menjadi pedoman untuk mereka membuat keputusan dalam isu MB Selangor ini.

Semua orang tahu isu tersebut. Sebagai ahli politik pemimpin-pemimpin parti dalam PR sepatutnya faham dan masak dan sejarah ini. Tidak guna berdegil dan menongkah arus. Akhirnya diri sendiri menjadi mangsa di mana sokongan rakyat terhakis, imej taat setia kepada Raja Berpelembagaan dan negara tercalar.

Masa masih belum terlambat. Semua pihak mesti berlapang dada dan duduk semeja untuk berbincang. Keputusan mengadakan sidang akhbar dan mengedarkan kenyataan media PKR bersama DAP dengan meninggalkan PAS adalah tindakan yang kurang bijak. Sepatutnya sebagai pemimpin politik matang jangan sekali-kali kita menunjukkan kita tidak berpadu dan bermasalah.

Isu ini masih jauh dari penyelesaian jika semua pihak berdegil dan keras kepala maka kita sendiri yang rugi. Rakyat makin meluat, kita dilihat derhaka kepada istana dan macam-macam lagi.

Mari sama-sama kita fikirkan jalan penyelesaian terbaik ...............

Comments

bat8 said…
Tuan,

Pakatan Rakyat sebenarnya tidak bermasaalah. Yang membuat Pakatan Rakyat bermasaalah ialah masaalah dalaman yang dihadapi oleh PAS akibat segelintir tok lebai PAS tertipu dengan muslihat UMNO untuk menghancurkan PAS.

Sejak Muktamar PAS di Ipoh yang membuat ketetapan untuk menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, golongan tok lebai ini yang dikenali sebagai UG masih terus meneruskan agenda mereka didalam PAS.

Sejak dari Muktamar tersebut, puak UG ini telah memposisikan kumpulan mereka untuk menguasai kedudukan-kedudukan startegik di barisan kepimpinan PAS Pusat terutamanya di dalam MSU, Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat.

Modus operandi mereka senang je. Dengan menggunakan jawatan rasmi mereka dibarisan kepimpinan PAS Pusat, mereka menimbulkan pelbagai polemik kontraversi seperti hudud untuk mengajak DAP bergaduh secara public dan isu-isu yang tidak termasuk didalam perkara-perkara yang menjadi common platform bersama.

Contohnya acapkali platform Dewan Ulamak PAS Pusat digunakan untuk mencetuskan huruhara didalam Pakatan dan memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat tidak sepakat. Selalunya mereka akan menggunakan Utusan Malaysia untuk menimbulkan polemik ini. Mantan Ketua Dewan Ulamak yang lepas adalah contoh terbaik. Ini kerana media alternatif yang Pro Pakatan tidak akan terjebak dengan permainan mereka.
bat8 said…
Tuan

Minta sambung skit...

Sekarang menace yang dibawa oleh puak UG ini sudah terserlah. Sudah come out in the open. Saya percaya perbahasan antara Hanipa Maidin dan TGHH seperti dilaporkan oleh MI itu berlaku. Dan jawapan TGHH amat memeranjatkan walaupun saya sudah mengikuti perkembangan TGHH dari tahun 1976 lagi iaitu semasa beliau baru balik dari Mesir. Beliau masa tu bekerja dengan kerajaan Terengganu sebagai mubaligh/pendakwah.

Jadi apabila semua terburai didepan mata, mahu tidak mahu PAS dan ahli-ahlinya kena menghadapi kesan/akibat dari perbuatan puak UG ini dan menyelesaikannya dengan cara terbaik.

Pada saya, kemusnahan yang dibuat ol3h puak UG ini adalah k3musnahan total. Seluruh usaha pemimpin dan ahli-ahli dari mula PAS ditubuhkan hingga hari ini telah musnah. Tu kerja hampir 60 tahun. Jangan ceritalah konsep kepimpinan Ulamak dan PAS FOR ALL.

Itu saja luahan saya. Tak siarpun xpe. Sekadar berkongsi rasa sebgai p3nyokong PAS yang berada diluar sejak zaman sekolah lagi.
Putra IJ80 said…
sedikit sebanyak ini salah PAS kerana sejak kemenagan 2008 PAS tidak banyak lagi melakukan kerje kerje Dakwah n Tarbiyah...kepada Ahli dan orang ramai...

Sepatut nya bila kemengan sudah di ambang pintu PAS lebih giat melakukan penerangan dan penjelasan asas perjuangan nya termasuk Hudud yg hendak di laksanakan dan ia tidak terhad kepada orang Islam malah kepada masyarakat lain.

Contoh terbaik jika dapat PAS mengrekrut pendakwah akar umbi dari kalangan yg berlatarkan agama pergi kesegenap pelusuk bersembang bermesra di kedai kedai kopi atau di Rstrn.terpilih kumpulkan melalui ketua kampung penghulu imam ustaz atau JKK sambil makan makan bercerita pada mereka apa perjuangan PAS sebenarnya dan penjelasan Hudud wlpn yg mendengar hanya 4-5 orang ..jika ia di lakukan secara konsistan Insyallah sedikit sebanyak dapat membuka mata dan masyarakat akan mendapat pengatahuan mengenai nya...

UMNO(BN) mereka melakukan nya dgn berselindung di sebalik bantuan Pinjaman TEKUN dn byk lagi..di samping mereka menguasi Media Eletronik .

Kerana kegagalan PAS melakukan itu semua dgn mudah pihak musuh menggunakan kelemahan PAS kerana itu setiap kali ada PRU PRK Hudud di tayang bagi menakutkan mereka yg tidak memahami nya..dan PAS terkapai kapai utk menjawab malah ada kala nya tidak terjawab,.

Perkara ini mungkin remeh..tapi kalau di lakukan ia amat memberi kesan.

Wallahua'lam.




pillpuss yahoo.com said…
aku dok pikiag kalau laa tski letak jawatan macam yg pati pkr mau, apa reason dia nak bagi.. hampa pikiag tengok tak dak angin tak dak ribut mb tak pasai2 letak jawatan... ketua kg pon ada prosedur bro... gila punya planning... ni bukan cantas mencantas dah, ni tahap pancung memancung dah janji boleh naik....