AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PAS TINGALKAN PAKATAN, BERGABUNG DENGAN UMNO???

Kenyataan Media YDP PAS Bukit Katil.

Ternyata kebimbangan amat sangat menjalar dalam pemikiran ahli-ahli PAS dan PR berikutan tindakan media-media pencacai yang memainkan isu PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno atau PEKEMBAR. 

Dari mana mereka cedok fakta ini tidaklah kita ketahui kerana ternyata isu ini sengaja di gembar-gemburkan pihak pencacai bagi mengeruhkan lagi suasana dalam PAS dan PR. Sebenarnya tidak berbangkit isu PAS akan bergabung dengan PEKEMBAR. Pendirian ini sudah dijelaskan oleh pimpinan PAS untuk kesekian kalinya, namun masih ada orang yang ragu-ragu dan gusar.

Tidak berbanngkit isu keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan cadangan dan keputusan PR dalam isu MB Selangor. Cuma PAS membuat penambahan dan pembaikan terhadap keputusan-keputusan PR dan ianya tidak bercanggah antara satu sama lain.

Berikut adaah fakta yang tidak boleh dinafikan :

1) PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Isu keluar dari PR juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat.
2) PAS tidak pernah membuat kenyataan rasmi untuk bergabung dengan Umno/BN dan isu ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat.
3) PAS tidak pernah mengkhianati sahabat dalam semua tahalluf siyasi dan persepakatan sebelum ini samada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif. Sejarah membuktikan Semangat 46 yang keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah dan DAP keluar dari Barisan Alternatif. Manakala semasa dalam Barisan Nasional, PAS ditendang keluar dari BN.
4) PAS sentiasa membuka pintu untuk berkawan dengan sesiapa sahaja demi untuk mencapai matlamat menentang kezaliman, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Jadi isu PAS akan keluar dari PR dan bergabung dengan Umno tidak berbangkit.

~ Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

Comments

bat8 said…
Tuan

Memang tak buat kenyataan rasmi kerana jika nak keluar dari Pakatan kena dapat sokongan dalam Muktamar.

Tetapi tindakan-tindakan PAS bertentangan dengan setiap keputusan Majlis Presiden Pakatan jelas lagi terang PAS tak mahu lagi bersama Pakatan. Tuan Presiden pun pandai....sengaja tak pi mesyuarat majlis presiden pakatan supaya boleh buat keputusan bercanggah.

Memang PAS tak keluar k3nyataan nak bekerjasama dengan UMNO. Ini pun kena dapat mandat dari muktamar kerana keputusan muktamar di Ipoh tahun 2008 m3nolak sebarang kerjasama dengan UMNO.

Sebagai sebuah parti yang mempe4juangkan Islam , PAS k3na berterus terang nak keluar dari Pakatan kepada rakan-rakan didalam Pakatan dan ahli akar umbi PAS. Jangan dok buat kerja kotor supaya rakan-rakan dalam Pakatan tendang PAS keluar. Itu bukan kerja yang disuruh oleh Islam.
Anonymous said…
Kalau PAS tinggalkan PR . Kami yang menyokong PR mengalu-alukan dan memberi tepukkan tangan yang amat gemuruh !!! Sebab sejak akhir-akhir ini PAS dilihat tiada PRINSIP dan PENDIRIAN dalam bersahabat dan konsesus . PAS yang akan membuat rakyat memboikot Pakatan Rakyat . Tinggalkan DAP & PKR dalam Pakatan Rakyat dan kami lihat itu lebih membahagiakan , sejuk hati kami .....
Anonymous said…
Biar lah Parti Anak Syaitan tu nk bergabung dgn Umno. Dia org suka