AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MH370 : SOALAN PUN KENA TAPIS, APA YANG HENDAK DISOROKKAN?

Sidang media teknikal MH370 bagi menjawab sebarang soalan berkenaan penjelasan perdana menteri tengahari tadi dibatalkan kerana pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti soalan-soalan yang dikemukakan wartawan secara bertulis.

Seorang jurucakap sekretariat media dari Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memaklumkan perkara itu kepada wartawan sekitar jam 5.10 petang tadi.

Selepas sidang media awal tengahari tadi, wartawan yang ingin mengajukan soalan diminta mengemukakannya secara bertulis di atas kertas kajang bersaiz A4 yang disediakan Jabatan Penerangan.

Wartawan meja bahasa Inggeris Malaysiakini, Koh Jun Lin sendiri mengemukakan enam soalan untuk dijawab.

Sekretariat media memaklumkan pihak berkuasa akan menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dalam sidang media pada jam 5.30 petang esok.

"Mereka (pihak berkuasa) sedang menelitinya," kata Jagjit.

Difahamkan 10 helai kertas soalan diserahkan kepada sekretariat daripada lebih 200 organisasi media yang membuat liputan kehilangan ini.

Hari ini merupakan hari kelapan pesawat MH370 hilang selepas gagal dikesan menara kawalan pada Sabtu lalu.

Soalan pun kena diberi lebih awal maknanya kena tapis dahulu. Di mana kebebasan media yang dilaung-laungkan selama ini. Bila orang tuduh kita tiada kebebasan media kita marah. 

Kini semuanya tersingkap dek kerana kebingungan dan 'kecerdikan' kita sendiir.

~ Mkini.

Comments

Anonymous said…
Mana tak kena tapis, anak hussein cucu onn cicit jaafar macam nak keriau je dalam pc petang jumaat tu.

Mesti dia menyumpah2 najib sebab letakkan dia sebagai pemangku menteri pengangkutan... ambik kau.

Selepas ni tobat MCA takkan jawat jawatan tu dalam masa terdekat... cari penyakit. Mesti dalam hati pemimpin MCA, nasib baiklah AJK MCA yang lalu syorkan pemimpin MCA jangan pegang jawatan kabinet sebab prestasi teruk.... kalau tak masak kau kena panggang dengan media asing.

Inilah yang dinamakan rahsia dan perancangan Allah.
Anonymous said…
Mesti anon 08:29 ni orangnya "hebat" nak cakap ikut suka je...mampu kah anda kalau di tempat mereka2 itu? Tepuk dada sakit dada haha