AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

TAIB PILIH KRONINYA ADENAN SATIM JADI PENGGANTI

Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud menamakan Adenan Satem meggantikan beliau. Difahamkan Adenan adalah bekas Adik Ipar Taib.

Jelas Taib mencari orang yang boleh dipercayai yang mampu menjaga kepentingan Taib yang penuh dengan kontroversi dan isu-isu panas. Nampaknya melepas Abang Johari Tun Openg dan Awang Tengah Ali Hassan. Mimpi mereka berdua menjadi mimpi ngeri begitu juga Alfred Jabu yang sekali lagi menggigit jari.

Adenan seorang peguam dan bekas Menteri pusat adalah Adun Tanjung Datu. Berumur 70 tahun merupakan ahli politik veteran. Kemungkinan juga Taib memasang strategi untuk mengangkat salah seorang anaknya menggantikan beliua suatu masa nanti. Ada ura-ura kerusi Dun Balingian yang akan dikosongkan oleh Taib nanti akan diserahkan kepada anaknya untuk mewakili BN pada PRK Dun tersebut.

Taib menyerahkan surat perletakkan jawatannya hari ini di mana ianya akan berkuatkuasa pada 28 Feb ini. Pada tarikh yang sama Taib akan dilantik menjadi TYT menggantikan penyandang sekarang Tun Abang Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada hari yang sama.

PAS dan beberapa NGO membantah perlantikan Taib sebagai TYT dengan lantang kerana isu-isu panas yang sering dikaitkan dengan Taib dan masih belum diselesaikan.

Comments

Unknown said…
Ini lah tektik licik serta menafikan kebolehan Af.Jabu yang skrg ini timbalan ketua menteri dan sepatutnya naik mengganti Taib. Ini seakan_akan memperlekeh kan kami sebagai kaum dayak. Maka dengan itu di harap selepas ini mskyt dayak sedar akan prrmaianan ini.