TAHAN MAZLAN DAN UGUT TUAI RUMAH PANJANG TINDAKAN PENGECUT

Sibu : Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden berkata penangkapan ini amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan. 

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah  di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak."

"Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit." ujar Andri.

Beliau berkata jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

"Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak." 

"Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanaj yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan." tambah Andri Zulkarnaen.

Menurutnya Badan Perhubungan PAS Sarawak menggesa Pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka. 

"Amat merbahaya jika Jabatan Penguatkuasa seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak."

Dalam perkembangan berkaitan, Andri juga melahirkan kekesalannya dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok. 

"Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok."

"Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut." ujar beliau.

Andri berkata ugutan itu adalah suatu tindakan primitif, pengecut dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. 

"Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah." tambah beliau.

Sementara itu Mazlan Aliman menulis FB menyatakan bahawa beliau sudah kembali ke Johor dan baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Senai sebentar tadi.

Gambar : Andri bersama penghuni rumah panjang Manggu Manggeris dan Mutton Jawi semalam.

Comments

Unknown said…
ada cara untuk halang pemimpin bn dari sabah & sarawak dari masuk ke semenanjung .... ???
CEO_Siber said…

Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..
orgkampongok said…
Harap korang ambik paham..yg dibenar masuk ke bumi kenyalang...org dari lubnan...dan anjing,kucing dan babi yang bebas keluar masuk di sempadanan
orgkampongok said…
Harap korang ambik paham..yg dibenar masuk ke bumi kenyalang...org dari lubnan...dan anjing,kucing dan babi yang bebas keluar masuk di sempadanan