AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

USTAZ KAZIM : TAHNIAH BUAT ANDA

Tahniah buat Kazim kerana dilantik sebagai Ahli MT Umno. Bukan senang untuk dilantik ke jawatan MT. Ramai yang tergila-gila untuk menjawatan posisi tersebut. Ada yang berbelanja ratusan ribu malah mungkin jutaan ringgit untuk menang MT pada pemilihan Umno. Kazim dapat percuma. Abang beliau Najmuddin pun kepingin jawatan tersebut tetapi tidak dapat.

Kepada Kazim jangan kamu jadi seperti Imam Firdaus Ismail, Abdullah Md Zin, Yusof Noor, Mashitah, Mid Man, Nakhaie dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Suara mereka tidak ke mana. Walaupun ramai orang agama dalam Umno, tetapi Umno tidak berubah sama macam dulu, kini dan tak lagi akan datang. Suara orang agama yang untuk menasihat tetapi nasihat tidak diendahkan ..........tidak banyak perubahan yang kita lihat dalam Umno. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain sama sahaja. Pakaian dan rupa pemimpin Umno khususnya wanita dan puteri lebih kurang sama. Ahli keluarga mereka pun sama. ...............

Tahniah sekali lagi untuk Kazim.

Bak kata Tok Guru Nik Abdul Aziz ..............orang yang bebas mudah dibaham serigala .........

Comments

antahberantah said…
Ustz Kazim anak jati Bt Kurau, berhati2lah dengan mainan Rosmah. Petua mudah nak tundukkan Najib ialah...tundukkan Rosmah dulu...kalau ustz berjaya mengatasi ranjau Rosmah ustz dikira teror