AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MESIR : UMNO PATUT MALU PADA DAP

KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan akan memberi sokongan kepada kerajaan sekiranya ada usaha untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya yang sedang berlaku.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi sokongan dan menggesa usul untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan.

Tambahnya, perdana menteri tidak perlu gentar untuk membawa usul mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.

"Jangan bimbang kita tak sokong usul itu, kita akan sokong," katanya pada Himpunan Munajat 100K, di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Semalam, DAP telah menggesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir.

Dalam pada itu, Siew Fook yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, isu kekejaman Mesir adalah isu manusia yang penting berbanding pemilihan semula CEC parti itu.

Katanya, Najib perlu tegas mengutuk kekejaman tentera dan kerajaan Mesir.

"Kita amat dukacita Najib seperti tak ada masa, beliau lebih ada masa  isu DAP.

"Isu ini lebih penting daripada isu CEC, ini isu kemanusiaan bukan keagamaan sahaja," katanya lagi.

Comments

Anonymous said…
Kalaupun nak kutok nak kritik ke apa ke buat apa buat melalui OMNU.

Nampak sangat tak ikhlas, OMNU mana ada ikhlas dalam bab mengutuk yahud wal amareka neh.

OMNU tu makmum, yahud wal amareka tu tok imam, camne makmum nak kutok tok imam

Kalau nak buat bantahan buat sendiri, jangan harap sokongan OMNU lagibaek